Aug 25, 2011

Review Drama Mendongak Ke Langit.

Assalamualaikum... First sekali, aku nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada followers ehh. Yang sudah meningkat. Nak jugak followers ramai even orang kata tak penting sebab readers yang penting. But, sesekali ku rasa teringin  nak merasa. Ye tak ye. 


Now, aku nak buat review tentang drama Mendongak Ke Langit. Sebab ni dari minggu lepas tak sabar nak tengok. Bukane pee, cuma nampak macam best. Yes. Bila aku dah tengok memang best gila ahh sampai opah pon tak habis habis tanya aku ''Ohh Ni adik, yang ni jahat''Dah sepuloh kali berulang dah. Tapi memang cerita tu ada putar belit sikit. Korang kena faham bebetul cerita tu, baru boleh merasai ke-bestnya tu. 


Cerita tu cam gini: (Ikut kefahaman aku lah ye)


Memula, dia cerita pasal seorang boss besar di syarikat ni. Dia ni anak angkat kepada Dato Ramlan. Nama orang tu Man (Shahnaz). Lepas tu, satu hari dia punya Setiausaha  (Linda Hasyim) ni kata dia tak bopleh bekerja dahh di syarikat tu sebab, sekarang ni dah jadi milik orang lain, iaitu Shidi (Zul). Dia pun marah bagai nak rak le. Lepas tu, dia balik rumah dia. Punya lahh marah bila tengok Shidi ada dalam rumah dia. 


Shidi pon kata lah rumah ni dah jadi milik dia. Dia halau terus tu Man dari rumah tu. Termasuklah ibu bapa angkat kepada Man, iaitu Dato Ramlan dan Datin ape ntah. Tapi, tak tahu di mana ibu bapa angkat Man tu berada. Anak buah Shidi belasah belasah Man dan campak dia dekat tepi jalan kat deretan kedai. Man tak ada arah tuju dan pergi ke rumah Setiausahanya. Di situ, Man menceritakan kisah-kisahnya dulu. So, si Linda tu dengar lah setiap perkara yang diberitahu oleh Man. Dan kisahnya bermula di sini. 


Masa Man kecik dulu, dia ada seorang mak, abang (Alief) dan mereka tinggal di kampung. Satu hari, pengutip sewa rumah halau dia sebab tak bayar sewa. Sedih pon ada. Terpaksalah mereka berhijrah ke KL untuk mencari ayah diorang. Tapi, bila sampai KL je, diorang tak tahu nak pergi mana sebab tak jumpa ayah diorang and duit pon tak ada. Tiba-tiba bila mencari lelama tuh, baru diorang jumpa ayah diorang. Ayah dioran ni pon bawak lah diorang kat rumah sewa di atas deretan kedai. 


Tapi, malangnya rumah tu ialah rumah pelacur pelacur. Nak tak nak, diorang terpaksalah tinggal di situ kerana tak ada duit dan sebagainya. Memula, Man and Alief ni tak tahu rumah tu tempat apa. Setiap malam, ayah akan ajak Man & Alief keluar dari rumah. Sebab ayah akan panggil orang untuk merogol mak diorang. Mak diorang tak rela pon sebenarnya nak jadi pelacur. Ayah yang paksa. Setiap malam diorang balik dari luar, diorang pelik mak diorang mesti menangis atas katil. Dan diorang tak tahu pon apa sebenarnay yang berlaku kpd maknya.


Lelama, Man menjadi musykil dan pergi seorang diri untuk tengok apa yang berlaku sebenarnya. Tapi, Alief tak ikut pon. Man pon intai lah dalam bilik tu tengok ayah suruh mak pakai baju seksi seksi. Tapi  mak menolak dan marah ayah balik. Sampai satu tahap tu diorang bergaduh dan ayah terus cucuk mak dengan jarum suntikan dadah. Man rasa sedih dan rasa kesian le kan. Man terus turun bawah dan cari abangnya, Alief. Dia bagitahu semuanya dan pergi jumpa mak diorang. Tapi malangnya ayah diorang kena tangkap dengan polis kerana terlibat dgn dadah.


Sejak daripada tu, mak diorang dah berubah tingkah laku kerana ketagihan dadah. Sejak daripada tu jugak lah, Man & Alief jadi merempat dan tak bersekolah serta mengutip tin tin kosong untuk dijual. Tapi, duitnya akan diberi kpd maknya untuk membeli dadah. Satu hari, mak jadi sakit teruk sebab kurang wang untuk beli dadah dan dirinya tak laku lagi dah. Penyewa rumah diorang tu halau diorang sebab tak bayar sewa. Sekarang diorang hidup merempat di tepi jalan belakang kedai. 


Satu hari, Man & Alief nampak mak diorang beli  dadah dari lelaki ni (Zizan Nin). Tapi, Man rasa geram dan cakap dekat Alief supaya halang mak. Akhirnya, diorang sama sama rampas dadah daripada mak. Mak rasa marah dan cakap ''Mak tak tahan dahh. Mak boleh  mati kalau tak dapat ebnda tu'' Last last, Alief bagi benda tu dekat mak. Tapi, Man semakin marah dah pergi dari situ untuk berjumpa kawannya, Lan. Lan baru keluar dari Juvana sebab ada kes. Lan ni pon jahat dan ada kena mengena dengan dadah. 


Malam tu, Lan ajak Man pergi ikut dia cari duit. Man pon ikutlah. Nak tahu mana sumbernya? Camni, Mereka berdua diambil oleh seorang lelaki kaya. (Roy Azman) Lelaki tu akan bagi duit kepada Lan jika Lan melayan nya macam gaylah or hormoseksual. Sambil menonton filem lucah. Man tak ikut perangai Lan dan berlalu pergi dari situ dankembali ke tempat mak & abangnya. Satu malam, mak sedang beli dadah kepada Zizan Nin. Tapi, mereka berdua halangnya. Alief tolak Zizan Nin sampai jatuh sebab  menjual dadah kpd maknya. Lalu, Zizan Nin tikam Alief dgn pisau dan mengejar Man.


Man lari tapi tak sempat kerana Zizan Nin sempat tikamnya lalu pergi dari situ. Dan dan ada orang kaya iaitu Dato Ramlan dan isterinya mengambil Man sebagai anak angkat. Man jadi kaya raya dan belajar semula. Satu hari, dia teringin nak tengok nasib ibunya. Dia pon ambil teksi untuk berjumpa dengan ibunya. Maknya sedang tenat kerana tidak dapat dadah. Tapi, bila mak dia panggil Man, Man lari dari situ dan terserempak dengan kawan mak dia dulu, Jinny. Jinny ni pondan and sama kerjanya macam mak dia, pelacur. 


Man terus lah lari balik rumahnya. Tanpa disedari, Alief nampak dan ikut Man sampai ke rumahnya. Serious aku terkejut gedabak bila Alief hidup lagi. Lan cuba pengaruh Alief untuk ikut caranya. Lama lama, Alief dah terbiasa melakukan perbuatan hormoseksual itu. Dan dia dapat duit yang banyak. Padahal kecik lagi. Masa bebudak lah kan. Satu hari, mak dia mati dan Alief bersetuju untuk duduk dengan Roy Azman. eiiii Tak kempunan aku. 


Roy Azman menukar nama Alief kepada Shidi. Dan bila besar, Alief a.k.a. Shidi telah kaya raya dan ada awek iaitu Linda Hasyim. So, yang selama ni halau Man masa besar ilah abang kandung dia sendiri. Alief/Shidi buat cam tu sebab nak balas dendam sebab tak menjaga mak diorang waktu kecik dulu. Lepas Man habis bercerita dengan Linda Hasyim, Shidi/Alief call Linda dan suruh dia bunuh Man. Kiranya diorang bersubahat. Nama pon Awek. Tapi, Man mendengarnya dan lari dari situ. Start drpd hari tu, Man menjadi miskin semula dan hidup merempat. Sekian.


Dahh. Faham now. Best kan kan? XD Okie dokie. Actually, cite ni dekat Astro Ria. So, sesape tak de Astro boleh tontonny di belog saya. Kalau tak faham, angguk angguk je lah ye. Bye.



1 comment:

thanks for reading this post ♥