Aug 16, 2011

Sakit Teruk.

Hai semua. hukhuk. Aku tak berapa sihat. Entah mane datangnya wabak ini. Adoi. Bilalah nak sihat. Sekarang ni memang musim orang sakit ke?! Sebab sakit sampai tak hilang hilang sampai tiga hari dah. Tahu ke tak tahu, sebelum bulan puasa ni, beberapa ahli keluarga demam berlarutan okayh. Mula-mula, adik aku yang kecik sekali, Arif. Alah, tak payah kisah dengan dia. Dia selalu sakit sakit.


Lepas tu, adik aku yang ketiga, Sarah. Walaupun dia agak debab sikit, tak bermakna sentiasa healthy noo. Demam yang teruks sangat tu. Sampai baring je dua puluh empat jam. Itu melampau tu. Apa je yang kau buat. haha Boleh dimaafkanlah sebab kalau dia sihat pun, bukan tolong sangat pun. Yang ketiga, adik aku nombor dua, Hanis. Alah blogger famous tu. Tak lah famous mana. Cuma, blog dia mendapat sambutan je. 


Aku pelik oke. Aku yang start dulu ber-blogging ni, dia yang berlari keanak-anakkan potong aku. Pelik bebeno. = = *Dah start dah annoying dia tu. Then, aunty aku pulokk. Tak sihat. Harap harap janganlah wabak H1N1 datang balik. Malas nak pakai mask. Berpeluh peluh mulut dan hidung aku. Tambah tambah bulan puasa ni, lagi ber*** lah mulut. Malas nak cakap, faham faham je lah. 


Kemudian, masa hari ke lapan berpuasa, aku pergi solat Tarawikh dengan Kak Fathin. Malam tu pun, dia kata tak berapa sihat. Dan ada beberapa tragedi yang berlaku malam tu. Tapi, hanya aku dan Kak Fathin je tahu apa yang berlaku kat ruang tamu tu kan. hihi Biarlah rahsia. Sabtu baru-baru ni, aku pulak dah demam. Haiiya. Kalau aku ni demam, loghat sikit. pffft Lembik semacam. Asyik baring, tengok tv sambil baring, makan tak lalu, air tak minum, mandi sikit je sebab demam, selimut sampai dua lapis. 


But, hari Sabtu tu aku terus puasa jugak. Sayang kalik. Hari Ahad dan Isnin aku tak puasa dan tak sekolah sebab sakit lagi. Tak puasa macam puasa. Baik puasa terus. Aku tak makan apa apa pun. Cuma telan dua biji Panadol setiap 4 jam. Sampai lah hari ni, hari Selasa aku puasa kembali dan nak bersekolah seperti biasa. Malangnya, aku tak boleh ke sekolah sebab sakit lagi termasuklah ada penyakit baru dalam badan aku iaitu sakit tekak dan selsema. Virus tak guna kau. 


Semalam, Isnin dah pergi jumpa doctor and bagi ubat dah. Tak sihat sihat lagi. Nasib baik, esok cuti. Alhamdulillah. Boleh rest sepenuhnya. Itulah akibatnya. Semalam, baru elok sikit je malam, terus tidur bawah air-con. Dah sakit balik. Serik serik. Now, mama pulak dah jangkit dengan aku. Agaknya dah merawat aku sampai berjangkit dengan aku tak. I am sorry ya. 


Okelah. Harap harap sihat lah secepat mungkin. Tak suka sakit skait ni. Banyak kerja tak boleh  buat sebab sakit. Susah nanti. Assalamualaikum. Babai. :)

2 comments:

  1. alhamdulillah, kak ten dah sehat. makan ubat. okeh jgn lupe. :D

    ReplyDelete
  2. Thank you Kak Fathin. Puasa, makan masa berbuka and sahur je lah. :P

    ReplyDelete

thanks for reading this post ♥