Sep 12, 2011

Two days :D

Assalamualaikum and Good morning. Dua hari yang lepas, hari Jumaat, Najhan tidur sini. Dengan Kak Mira sekali. Sebab mama diorang tak ada, pergi KL. So, diorang tidur lah dekat rumah aku. They are my cousin yeah. Tapi, dalam masa dua hari tu, banyak aktiviti yang boleh aku buat. ngehehe. Kebetulan pulak, tak ada sesiapa yang boleh jaga aku dan adik adik pada hari Sabtu atas urusan kerja. Entah lah. Mama ada reunion apa entah kat Kedah. Takkan nak ikut sekali kot, tak cool lah. 


So, Kak Mira telah menjaga kitorang adik beradik selama mama tiada. Kesian jugak kat opah and atuk kalau nak harapkan diorang yang jaga kitaorang. Sepatutnya, cucu dia lah yang setia menemani diorang dia saat mereka kesakitan. So, itulah tugas cucu. Pada pagi Sabtu tu, mama dah bertolak pergi ke Kedah dengan kawan dia. So, kitaorang kat rumah ni adalah tugas tugas yang diberikan oleh Kak Mira. Tak de lah tugas sangat. Just macam tanggungjawab lah. 


Pagi pagi tu, Hanis kena study English dengan Kak Mira. Aku pulak kena siapkan folio dengan si Najhan tu yang tahun ni akan menghadapi PMR. Good luck wey. Then, tengah hari tu Kak Mira masak sedap gila ohh. Betullah siapa suami yang dapat Kak Mira, bertuah hihi. Lauknya ialah ayam masak tomato. Tapi, disebabkan sos tomato nya habis, campur sikitlah sos cili. Tapi, sedap tetap sedap. Lepas tu, Kak Mira balik rumah dia sekejap sebab nak basuh kain. Yang lain lain tu tinggal je rumah. 


Petang tu, Kak Mira buat roti sosej. Lain daripada yang lain. Arif adik aku sampai makan 5 roti. Whahaaha. Malam tu, makan nasi goreng opah. Nasi goreng opah sememangnya sedap sampai menjilat ibu jari kaki. hihi Before makan, kitorang tengok movie cerita Rasuk dekat laptop Kak Mira. Memang lah sinar sinar otak aku menanya Kak Mira sebab tak faham sangat cerita tu macam chacinhchacingmumingjujing. Then, malam tu Kak Mira hantar Arif and Sarah ke Rumah Mak Wan. Diorang nak sangat duk sana. 


Malam tu, kita enjoy!! Shananana shananana shananana shanananana. First, tengok cerita JUMP in China tak silap otak aku ni. Best and lawak gila dowh. haha Tapi, serious tak boleh bising sangat atuk dah tidur. But, malam tu, atuk suruh keluar pi kedai sat suruh beli ENO. Kita semua meronggeng lah pergi kedai. Kak Mira siap belanja Ice cream macam banana. Perisa anggur. Thanks Kak Mira kenalkan ice cream tu kat kita. Sedap gila. 


Memang tak elok makan ice cream memalam bebuta tu. Tapi, dah terbeli. NGAP je lah. Balik rumah tu, sambung tengok cerita Jump kat 8TV. Lepas habis pukul 10.30, tengok drama tajuk Ohhh Haram! haha Tergelak gelak kitaorang. Aqasha dengan Rita Rudaini yang berlakon. Cerita dia mengisahkan lelaki ni baru balik from sekolah agama yang gila strict undang undang dia. Bila dia balik rumah, semua perbuatan dia kata haram walaupun perempuan nak belajar dengan lelak. Tak kisahlah keluarga dia ke, orang tak kenai ke, Hantam saja. Tengok perempuan pon tak mahu. Tapi tup tap, jatuhlah cinta dia ke Rita Rudaini. Memang best lah! 


hihi. Then, lepas habis tengok cerita tu, tengok movie kat laptop Kak Mira cerita The cool apa entah. Cerita Taiwan. I bagi triple awesome. Sebab lawak sangat. You know, Kak Mira tidur sebelah aku and Najhan, Hanis main komputer, aku and Najhan je setia tengok cerita tu dan tergelak gelak kuat mengalahkan hantu mengilai. Ehh Kak Mira boleh mengilai kott. 
Dah lahh. Pagi esok, tengok cerita the Smurfs kat laptop jugak. hee Tu jelah. Dalam  dua hari, banyak cerita aku tengok. Nak tengok sangat kan gambar Kak Mira and Najhan dua beradik tu. Mehh sini. :)



Yang belah kanan tu dia. Memang dia tak suka bergambar katanya. Tu lah pasal dia muka monyok je. hihi chill lah Najhan!


Tengok! = = Dia baru cucuk kita punya kepala dengan garfu. haha Muka tahu baru buat apa. muahahah


Yang kiri tu Kak Mira. Yang comel lote. hihi 

Dah lah. Kita nak out dulu. Bye bye. :D

6 comments:

  1. auchh!!! lovey-duvey!! terharu!! terharu!! hehe..alah..gulai tempoyak tu xsedap ke?? haha!! hee..kak mirah dah diberi tugas untuk bby sit korang lagi..haha! tunggu~

    ReplyDelete
  2. haha!! tu lah tapi dah balik uia caner??

    ReplyDelete
  3. @mirah haha. Takpe leee. Cuti, boleh masak sedap sedap lagi. :P

    ReplyDelete
  4. cantiknye kak mirah awk..

    ReplyDelete
  5. @BukanAku hihi Terimas terimas dari wakil dia. :)

    ReplyDelete

thanks for reading this post ♥