Oct 28, 2011

A Day In Lost World With 1 Azalea!



Assalamualaikum pembuka bicara, huhu. Dah lama dah sebenarnya benda ni, tapi sekarang baru ada masa nak buat. Takpelah, syok apa, buat lambat lambat. Boleh menyihatkan otak kita sebab nak flash back balik. Apa apa pun, stay dulu baca entry ni. Korang sure happy rasa terliur nak pergi jugok. muahaha. Jom terjah!




Pada 22 Oktober 2011, seawal jam 8 pagi, saya sampai di RPS (SMK Raja Perempuan). Inilah permulaannya. Then, kitorang bertolak dan sampai pukul 10 mcam tula. Sebab kitorang singgah makan dulu. Lepas tu, baru bertolak pergi. hue hue. Bila sampai tu, kena beratur panjang. dah lah lembap gila nak OPEN! Bila dapat masuk tu, apa lagi kitorang mandi gedang gedabak la!




Ehh lupa pulokk. Nak bagitau yang saya pergi dengan kelas 1 Azalea iaitu kelas saya. Naik bas je. Tak ada air-con. Bas sekolah. Tapi, yang penting moment yang dekat tempat dituju tu yang lagi best. First first sekali, tanpa membasahkan rambut, kitorang terus pergi naik slide yang besar gedabak tu. Tapi, orang yang pakai tracksuit tak boleh. So, nasib baik aku boleh sebab pakai legging. Masa first naik tu, aku naik yang ada bumbung tapi terang sikit. Memang jerit gila lah aku sampai suara bergema macam dalam Gua Niah. 






Lepas tu, pergi yang macam kolam yang macam terowong tu. macam sungai pun adoo. BEST WOOO.  Then, kitorang mandi manda kat tempat yang  macam pantai. Ada ombak. Tapi, taklah sepanjang masa. Kalau pergi dengan kawan, sure enjoy. Bukan pergi dengan family tak best, cuma tak extreme lah. :P Macam macam lah kitorang main. Malas nak cerita satu persatu. Termasuklah main buayan pusing, pirate ship dan petting zoo. 




huhu Petting zoo tu takut sebab ada burung merak ni kejar kitorang. Ada kambing, macam macam ada. Tapi ada pengalaman perit dan pedih wahhh. Nak tahu? Camni. Saya naik slide kali kedua dengan kawan saya seorang tu. Tapi tak berbumbung lah. Kali ketiga, memang tragis weh. Dahlah slide tu gelap. Menyesal naik. Sebab masa nak sampai hujung slide tu, pelampung terbalik. Kau tahu kepala aku kat bawah kaki aku kat atas. Memang aku ingat saya kat laut China Selatan mana tah. hoho 




Untuk pengetahuan semua orang, bahagian air yang terletak berhampiran hujung slide agak dalam, tak macam dekat yang hampir ke tebing tu. Ahhh Kalau korang pergi korang tahulah. Bw, ada 2 gambar yang saya nak share dengan korang. Dua je. Sebab saya tak bawa kamera. Takde masa lah nak bawa. Kita nak mandi je. Jom tengok. Bytheway, saya godek gambar tu dari facebook kawan saya, Farah Hannie. :)





Saya yang shawl warna oren harimau tu. rawwwwr. Tu masa nak balik dah, sebab tu pakai tudung. ^^



Lagi satu. hohohoho Comel kan kawan kawan saya? Semestinya. 


Okaylah. Sampai sini jelah nak cerita about moment kat Dunia Sesat ni. Apa apa pun, Kueytiowlagiiibolleh *my tagline in twitter. TWEET LAH KITE.. Assalamualaikum! :D



2 comments:

thanks for reading this post ♥