Oct 16, 2011

Review Filem Al Hijab

Hello! Good afternoon! Bila di sungai mendayung sampan, bila di darat memandu kereta, bahasa malaysia bahasa kebangsaan, cintailah bahasa kebangsaan kita. cewah Ni lah pantun yang aku telah cipta sendiri dalam masa duapulohminit di sekolah. Ada pertandingan mencipta pantun sempena bulan bahasa, aku pon join lah. InsyaAllah menang. Nak tahu tak, aku ada tengok cerita Al-Hijab. eiiii. First tengok tu, biasa biasa je, lepas tu je, menjerit sumpah serana aku. huahuahua. Nak tahu camane? Baca ye di bawah :>


Pada hari tu, kitorang family tengok wayang Al Hijab di Jusco. Petang. Tapi, ada dua orang cousin join. Baru lah syok. woohoo. <3 Nak tahu sinopsis dia? Jom terjah!


Note: Sorry tak boleh letak gambar sebab takut trauma dekat blog kita. :D


Pada mulanya, Rafael (Piere Andre) seorang pelakon ekstra. Dia ni adalah boyfriend kepada Fathia *serious dah lupa nama dalam cerita tu. Then, Rafael ni dapat satu tawaran berlakon dalam cerita seram.  Tapi malangnya, dia tak ada perasaan takut mahupun aura seram. cehh. Kemudian dia pon mintaklah tolong gf dia. Fathia pun cerita kat mak dia pasal si Rafael tu. Mak dia kata satu satu caranya ialah membuka hijabnya. Mak Fathia pun bagitaulah segala galanya about hijab. Then, satu malam ni Rafael dapat message dari orang yang tidak dikenalinya. Aku pun tak faham sikit sebab macam tak logik. Kemudian, message tu menyatakan alamat satu tempat ni. Dia pun dengan yakinnya pergi tempat tu. Rupa-rupanya, tempat tu lee ada sorang mak cik ni boleh bukakkan hijab orang. Dia pun bukaklah hijab dia. Hampir semua menatang lah dia boleh tengok. Lepas tu, ada part lawak gila. Sumpah tak tahan kot. Dalam panggung tu, dengar suara orang gelak je. Aku pun sama gelak macam orang kurang siuman. :P Lepas tu keesokkan nya, dia tak tahan dan pergi ke tempat mak cik yang bukak hijab dia ni. Malang tak berbau, mak cik tu sudah meninggal. Habiskanlah hidup dia dengan hijabnya erbuka sampai mati kerana hanya mak cik tu sorang je yang boleh tutup balik hijab dia. Tamat. #Agak-agaknya ada tak Al Hijab 2? lol

 Best kan? Lawak pun ada. Okaylah. Pendapat aku tentang cerita ni memang seram dan ada part lawak yang boleh buat kita tenang sikit. BEST LAH! Cuma, lakonan Fathia macam formal sikit. Then, ada part tu orang lain boleh tengok 'hantu' tu, but Rafael tak nampak. Pelik di situ --' Ending dia...... tak puas! But secara seluruhannya okaylah. :) Good job Piere Andre! Bagus kerja mu. hohohoho Wassalam. 



No comments:

Post a Comment

thanks for reading this post ♥