Apr 30, 2012

Membosankan.

Assalamualaikum...
Salam. ya ya, saya tahu dah bagi salam. 2 kali dah pun. Suka hatilah, ni blog saya. Apa orang lain kisah. Agak lama dah tak sentuh apa lagi me-log in blog ni. Tak berminat plus tak berniat. Rajin sikit sebab nak study punya pasal. Apa pun, tabik spring ahh follower maintain  je. Kisah apa orang nak baca ke tak, asal saya happy. 


Oh ya, saya pening plus pusing dengan keadaan yang membosankan. Betullah, harta benda tak semestinya membahagiakan seseorang itu. I have everything. Sorry, ayat tak boleh belah apetah lagi ayat yang lagi sakit hati. Sila muntah sekarang dan makan balik untuk memenuhkan ruang perut anda. 


Saya teramatlah boring masa cuti. Walhal, itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Bila fikir balik, memang nak sekolah sebab ada je kerja yang nak dibuat. Saya ada laptop, internet walaupun lembap macam siput terberak-berak , tv, astro. Tapi tu semua bila lama lama bosan jugak. 


Tak lupa jugak saya ada game PS2 (je). bersyukur... Tapi, tak meringankan beban boring saya pun. Hidup memang macam ni, bila semua benda dah buat, mulalah nak try something new right? Yes. Sata tengok tab twitter tu macam sunyi je. Orang yang tweet tu ada le 2-3 ekor. Tak sah kalau saya yang memenuhi ruang twitter tu. Ada je tweet bengong yang saya tweet.


Bercakap pasal twitter. Twitter tempat untuk menjerit, memuntah, memakan, dah me apa jelah. Nama pun twiterrrr (dengan gedik-godangnya) mestilah nampak sangat mulut saya ni bising. Macam macam nak ditweetnya. But, tak semestinya kat luar saya mcam tu. 


erkk saya kat sekolah tak bising mcam tu. Lainlah kat sekolah rendah dulu, saya memang teruk sikit sampai ponteng KOKO pergi makan kat kedai kek. Tapi, sekarang ni mesti berubah untuk memperbaiki akhlak. errr, pandai bercakap, nak buat mimpi jelah! 


Okay sampai sini jelah saya meluahkan perasaan. Harap ada benda yang boleh menghilangkan bosan. Iaitu........ drum roll! Homework. Sebenarnya ada, saje je nak tangguh-menangguh. Salam...


P/S: Tetiba menggunakan ayat 'saya' sila muntah sekali lagi. Kan saya cakap, saya nak memperbaiki akhlak. So, saya mintak diri. wassalam sekali lagi. 

Apr 11, 2012

Makan

ASSALAMUALAIKUM...

Salam sejahtera, selamat pagi, bonjour. Sempat lagi yee aku update entry baru. pheww~ entahlah. Rasa semangat pulak nak buat entry ni. Bukan apa, reality nya memang 'makan' ialah satu daripada hobi aku. 


Tapi, makan pun mestiler berpada-pada. Ni semua dilahapnya. And aku pon ada masalah makan yang pelik... tapi benar. ceh ayat tak boleh belah! Dulu-dulu masa tahun 6, memang aku kurang makan. Sebab tu kot faktornya aku kurus keding. Tapi bila dah start form 1, aku masuk asrama 6 bulan. memang aku banyak makan. 


Ofcourse, banyak makanan yang aku beli. Malangnya, ehh luckily, berat badan aku tak bertambah. Cuma pipi aku je kembung sikit. Macam ikan kembung. Tapi, seriously dari jauh memang aku tak nampak gemuk. Tapi dari segin makan, memang ketaralah perbezaannya aku banyak makan sekarang.


Sampai lah aku keluar asrama, aku makan banyak. Nak naik 1 kg pon berbulan-bulan. Bersyukur lah jugak.  Kalau ikutkan, belanja aku sehari RM3. Itupon kalau sekolah pagi. Kalau sekolah pagi sampai petang, RM5. Banyak kan kan. Kalau duit tu tak habis kat sekolah pon, aku makan jajan dalam bas. tau apa tu jajan?


Jajan tu macam snek, keropak, gula2, etc. Banyak ahh. hampir seringgit aku habiskan nak beli menatang tu dalam bas. Tapi, sekarang ni nak berubah cehhh. Semenjak dua hari ni, aku dah tak beli makanan dah dalam bas. Kecuali lah kalau lapar sangat. And aku nak cuba gunakan RM 2 je sehari. *winkwink* Bukan nak diet, taknak boros. 


Kekadang tu, aku tengok makanan sedap pon tak tahan. Biasalah ada 9 nafsu lee. But, ahh tak kisahlah. haha Ni antara favorite aku.


Burger. tinktink.


Keghopok ni aku selalu beli dalam bas. Tapi, sekarang tak dah. 

hoho Tujelah Kalau tengok makanan banyak2, nanti aku nak beli. :) Wassalam.

Apr 10, 2012

KARNIVAL SUKAN

Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia. heyyo. apa khabar rakyat malaysia semua? Sekarang ni muka aku tak stabil. Tengah berbelang. Kena sunburn kott. Ni sebab sukan lah ni. Tak kisah pon. Asalkan dapat kurus. cehh ayat tak boleh belah. Padahal, dah kurus dah siap tak normal lagi tu. huh?

Okaylah. Time waktu pj kat sekolah hari tu, kitorang sekelas buat SEGAK. Tau segak tu ape? SEGAK tu macam contohnya, naik turun bangku, tekan tubi and paling penting kena ambil berat & tinggi. And nak kena kira bmi. So, aku ni kiranya tak normal. Entahlah. Berat aku 47 kg. Tinggi pulak 165 cm. ceh bminya pulak, 17.2. Tu kira kurang normal. Yang normal punya 18-24. Lebih 24 tu kiranya obesiti lah. 

Okaylah the main storynye, bukan pasal benda bmi ni. Aku nak cerita pasal karnival sukan. Benda ni  selama 3 minggu. Dia lawan ikut rumah sukan masing2 lah. So, aku rumah biru iaitu SETIA. Rumah ni paling banyak menjuarai olahraga. cehh aku tak menyumbang apa ape pon. Rumah setia ni antara rumah yang orang geruni. #yeke? 

Banyak lah jugak pertandingan yang ada. Aku masuk bola baling. btw, adik aku yang form 1 pon rumah setia. Tapi dia masuk congkak je and kalah pada semifinal. sobs. Time semifinal tu, aku (rumah setia) menang lawak rumah bakti (coklat). cehh secara tidak langungnya (cehh), kitorang masuk final. 

So, pada hari yang berikutnya kitorang lawan rumah MURNI(hijau) sebab rumah YAKIN(merah) kalah dengan MURNI. So, memang agak kecut ahh lawan diorang. Badan tinggi plus besar, Bukan nak cakap besar gemuk tu. Besar yang tough tough tu. Dahlah main kasar. Terror ahh. Kitorang main dengan lembut.

hehe Muka aku je nampak cam garang. Tapi actually, aku takut jugak. Kot kot time main tu terjatuh ke apa ke, speck patah ke. ehh, memang jatuh pon. Jatuh biasa biasa je. Habis coklat stokin aku. Kasut hitam legam. p/s: Kitorang main pakai kasut sekolah je. Peraturan. :(

And the result was: Murni memang. cehhh Markahnya dirahsiakan atas kekalahan yang amat dahsyat haha. Tapi takpelah, dapat jugak naib johan. Okaylah tu. Kalah bermaruah. But dalam game tu, ada je yang tak puas hati and so on. Suka hatilah.

Nasib baiklah hari ni cuti. Sakit sendi tulang badan semuanya lah. Adik aku pulak sakit tangan. Haih main congkak pon sakit ke? lol hoho Terpaksalah aku basuh kasut sebab kehitaman yang melampau. okeylah. sampai sini je aku nak post. Sebab banyak kerja lagi nak buat. h/w tak sentuh apa lagi. Btw, next week exam, haraplah sangat dapat result yg baik cam USBF 1 dulu. hiho aku dapat 6A 2B. nombor 4 dlm kelas, no 8 luar kelas. So, buhbye. Wassalamualaikum! :D

Apr 4, 2012

SHOOOOH DOGIE !

Assalamualaikum ...

dan selamat pagi semua manusia. Setelah 6 hari tak beactive, aku kembali kuat! ceh macam nak berperang pulak kat The Hunger Games tu. Haa Bercakap pasal benda tu, aku baru je tengok movie tu 2 minggu lepas. memang best ahh tak bazir beli. Kalau faham je best. Kalau jenis orang blur tahap melampau memang blur lah korang time tengok cerita tu.

Bytheway, aku dah order dah novel The Hunger Games. Ada syarikat SCHOLASTIC datang sekolah. Ake belek-belek ah catalog dia. Sekali terjumpa novel THG. Harga dia semua murah2. Ada potongan harga yang membuatkan korang nak beli semua! Harganya.... RM18 daripada RM4+. Entah lah. Then, ada novel Mirror mirror. hehe macam Snow White tu. But, sabar ke kau nak tunggu 3 minggu. Yes. Buku tu akan sampai ke tangan aku lagi 3 minggu. Ramai kot nak beli. 

Secondly, aku nak cerita pasal dogie comel. Tahu apakah dogie? ANJING. sobs. trauma aku :( Bermulanya macam ini... aku pergi dan naik bas ke sekolah. So, pada petang tu, aku ngada ngada keluar kelas awal. motif, nak dapat tempat duduk yang strategik. So, aku lari cepat cepat kat tempat bas tu. Bas tu memang park kat depan rumah cina longlai tu. 

Aku memang dah rasa pelik gila dah first time, driver bas tu keluar and berdiri kat pintu tempat kitorang masuk. Apekehallder? -,- Tanpa bersegansilu, aku terus melangkag walau apa yang terjadi. Tetiba --, pakcik driver tu kata naik perlahan2. Terbeliak mata aku tengok ada dua ekor anjing besaq gedabaq tak sampai 1 meter dari bas tu. Patut ahh.

Apa lagi, dup dap dup dap. Gila, aku tak pernah kena kejar ngan anjing, apetah lagi kena woof! Baru sekaki melangkah tangga bas, anjing tu mengluarkan bunyi yang tak senonoh iaitu bunyi WoofWoof sebanyak 4 kali. Dan ia cuba mengejar aku. Mujur aku ni athlete sekolah dan berjaya melangkah dua lagi kaki ke dalam bas. Then, aku memang tak tengok dah rupa anjing yang huduh itu. grr

Trauma trauma. Menyesal tak tunggu orang lain nai bas sesama. Ni lah padahnya kalau tergesa-gesa nak naik bas. By the way, anjing tu ada 2 ekor. Yang seekor muka tak comel sikit tu kejar aku. Yang omey sikit tu duk diam. good dogie! hikhik Sampai sinilah yang mampu aku type. Assalamualaikum.