Apr 10, 2012

KARNIVAL SUKAN

Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia. heyyo. apa khabar rakyat malaysia semua? Sekarang ni muka aku tak stabil. Tengah berbelang. Kena sunburn kott. Ni sebab sukan lah ni. Tak kisah pon. Asalkan dapat kurus. cehh ayat tak boleh belah. Padahal, dah kurus dah siap tak normal lagi tu. huh?

Okaylah. Time waktu pj kat sekolah hari tu, kitorang sekelas buat SEGAK. Tau segak tu ape? SEGAK tu macam contohnya, naik turun bangku, tekan tubi and paling penting kena ambil berat & tinggi. And nak kena kira bmi. So, aku ni kiranya tak normal. Entahlah. Berat aku 47 kg. Tinggi pulak 165 cm. ceh bminya pulak, 17.2. Tu kira kurang normal. Yang normal punya 18-24. Lebih 24 tu kiranya obesiti lah. 

Okaylah the main storynye, bukan pasal benda bmi ni. Aku nak cerita pasal karnival sukan. Benda ni  selama 3 minggu. Dia lawan ikut rumah sukan masing2 lah. So, aku rumah biru iaitu SETIA. Rumah ni paling banyak menjuarai olahraga. cehh aku tak menyumbang apa ape pon. Rumah setia ni antara rumah yang orang geruni. #yeke? 

Banyak lah jugak pertandingan yang ada. Aku masuk bola baling. btw, adik aku yang form 1 pon rumah setia. Tapi dia masuk congkak je and kalah pada semifinal. sobs. Time semifinal tu, aku (rumah setia) menang lawak rumah bakti (coklat). cehh secara tidak langungnya (cehh), kitorang masuk final. 

So, pada hari yang berikutnya kitorang lawan rumah MURNI(hijau) sebab rumah YAKIN(merah) kalah dengan MURNI. So, memang agak kecut ahh lawan diorang. Badan tinggi plus besar, Bukan nak cakap besar gemuk tu. Besar yang tough tough tu. Dahlah main kasar. Terror ahh. Kitorang main dengan lembut.

hehe Muka aku je nampak cam garang. Tapi actually, aku takut jugak. Kot kot time main tu terjatuh ke apa ke, speck patah ke. ehh, memang jatuh pon. Jatuh biasa biasa je. Habis coklat stokin aku. Kasut hitam legam. p/s: Kitorang main pakai kasut sekolah je. Peraturan. :(

And the result was: Murni memang. cehhh Markahnya dirahsiakan atas kekalahan yang amat dahsyat haha. Tapi takpelah, dapat jugak naib johan. Okaylah tu. Kalah bermaruah. But dalam game tu, ada je yang tak puas hati and so on. Suka hatilah.

Nasib baiklah hari ni cuti. Sakit sendi tulang badan semuanya lah. Adik aku pulak sakit tangan. Haih main congkak pon sakit ke? lol hoho Terpaksalah aku basuh kasut sebab kehitaman yang melampau. okeylah. sampai sini je aku nak post. Sebab banyak kerja lagi nak buat. h/w tak sentuh apa lagi. Btw, next week exam, haraplah sangat dapat result yg baik cam USBF 1 dulu. hiho aku dapat 6A 2B. nombor 4 dlm kelas, no 8 luar kelas. So, buhbye. Wassalamualaikum! :D

No comments:

Post a Comment

thanks for reading this post ♥