Apr 11, 2012

Makan

ASSALAMUALAIKUM...

Salam sejahtera, selamat pagi, bonjour. Sempat lagi yee aku update entry baru. pheww~ entahlah. Rasa semangat pulak nak buat entry ni. Bukan apa, reality nya memang 'makan' ialah satu daripada hobi aku. 


Tapi, makan pun mestiler berpada-pada. Ni semua dilahapnya. And aku pon ada masalah makan yang pelik... tapi benar. ceh ayat tak boleh belah! Dulu-dulu masa tahun 6, memang aku kurang makan. Sebab tu kot faktornya aku kurus keding. Tapi bila dah start form 1, aku masuk asrama 6 bulan. memang aku banyak makan. 


Ofcourse, banyak makanan yang aku beli. Malangnya, ehh luckily, berat badan aku tak bertambah. Cuma pipi aku je kembung sikit. Macam ikan kembung. Tapi, seriously dari jauh memang aku tak nampak gemuk. Tapi dari segin makan, memang ketaralah perbezaannya aku banyak makan sekarang.


Sampai lah aku keluar asrama, aku makan banyak. Nak naik 1 kg pon berbulan-bulan. Bersyukur lah jugak.  Kalau ikutkan, belanja aku sehari RM3. Itupon kalau sekolah pagi. Kalau sekolah pagi sampai petang, RM5. Banyak kan kan. Kalau duit tu tak habis kat sekolah pon, aku makan jajan dalam bas. tau apa tu jajan?


Jajan tu macam snek, keropak, gula2, etc. Banyak ahh. hampir seringgit aku habiskan nak beli menatang tu dalam bas. Tapi, sekarang ni nak berubah cehhh. Semenjak dua hari ni, aku dah tak beli makanan dah dalam bas. Kecuali lah kalau lapar sangat. And aku nak cuba gunakan RM 2 je sehari. *winkwink* Bukan nak diet, taknak boros. 


Kekadang tu, aku tengok makanan sedap pon tak tahan. Biasalah ada 9 nafsu lee. But, ahh tak kisahlah. haha Ni antara favorite aku.


Burger. tinktink.


Keghopok ni aku selalu beli dalam bas. Tapi, sekarang tak dah. 

hoho Tujelah Kalau tengok makanan banyak2, nanti aku nak beli. :) Wassalam.

No comments:

Post a Comment

thanks for reading this post ♥