Apr 30, 2012

Membosankan.

Assalamualaikum...
Salam. ya ya, saya tahu dah bagi salam. 2 kali dah pun. Suka hatilah, ni blog saya. Apa orang lain kisah. Agak lama dah tak sentuh apa lagi me-log in blog ni. Tak berminat plus tak berniat. Rajin sikit sebab nak study punya pasal. Apa pun, tabik spring ahh follower maintain  je. Kisah apa orang nak baca ke tak, asal saya happy. 


Oh ya, saya pening plus pusing dengan keadaan yang membosankan. Betullah, harta benda tak semestinya membahagiakan seseorang itu. I have everything. Sorry, ayat tak boleh belah apetah lagi ayat yang lagi sakit hati. Sila muntah sekarang dan makan balik untuk memenuhkan ruang perut anda. 


Saya teramatlah boring masa cuti. Walhal, itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Bila fikir balik, memang nak sekolah sebab ada je kerja yang nak dibuat. Saya ada laptop, internet walaupun lembap macam siput terberak-berak , tv, astro. Tapi tu semua bila lama lama bosan jugak. 


Tak lupa jugak saya ada game PS2 (je). bersyukur... Tapi, tak meringankan beban boring saya pun. Hidup memang macam ni, bila semua benda dah buat, mulalah nak try something new right? Yes. Sata tengok tab twitter tu macam sunyi je. Orang yang tweet tu ada le 2-3 ekor. Tak sah kalau saya yang memenuhi ruang twitter tu. Ada je tweet bengong yang saya tweet.


Bercakap pasal twitter. Twitter tempat untuk menjerit, memuntah, memakan, dah me apa jelah. Nama pun twiterrrr (dengan gedik-godangnya) mestilah nampak sangat mulut saya ni bising. Macam macam nak ditweetnya. But, tak semestinya kat luar saya mcam tu. 


erkk saya kat sekolah tak bising mcam tu. Lainlah kat sekolah rendah dulu, saya memang teruk sikit sampai ponteng KOKO pergi makan kat kedai kek. Tapi, sekarang ni mesti berubah untuk memperbaiki akhlak. errr, pandai bercakap, nak buat mimpi jelah! 


Okay sampai sini jelah saya meluahkan perasaan. Harap ada benda yang boleh menghilangkan bosan. Iaitu........ drum roll! Homework. Sebenarnya ada, saje je nak tangguh-menangguh. Salam...


P/S: Tetiba menggunakan ayat 'saya' sila muntah sekali lagi. Kan saya cakap, saya nak memperbaiki akhlak. So, saya mintak diri. wassalam sekali lagi. 

1 comment:

thanks for reading this post ♥