Mar 10, 2016

My Pathetic Driving Class #1

Haluu. Saje nak bagitahu, sekarang puku 3.30 pagi. Sambil dengar lagu my fav indie band, arctic monkey. Banyak betul masalah driving class aku. Sian kawan aku hari tu kena dengar masalah aku ni, dahlah voice note, bukan dekat seorang pulak tu, dekat whatsapp group pun ada, pastu siap mintak solution lagi, kau rasa? Terima kasihlah, you are the best of me.


Well mula-mula tu, aku nak daftar dengan agency kawan aku. Kut-kutlah, kelas sama ke, boleh menyembang, pastu fangirling, haa kan best tu. Tapi mama taknak sebab dia kata dia dah jumpa this one agency yang sangat friendly dan baik walaupun cina. Aku tak kisahpun bangsa apa sebab dekat sekolah memang aku rapat dengan cina dengan india, rapat gilalah, aku kan peramah. Lepas daftar tu, aku kena pergi ceramah 6 jam. Itu pun lepas 3 kali postpone bersamaan dengan 3 minggu aku menunggu. Kau rasa nama aku nama ke berapa puluh ribu? Aku siap bawak earphone bagai takut boring, last-last aku terlelap jugak. Masa sesi pertama tu, kena dengan bekas pegawai jpj, strict dia peh, siap tanya soalan maths dekat aku, ‘’berapakah jumlah kemalangan setiap tahun kalau daripada 2000 sampai sekarang dah 140000 kemalangan telah berlaku?’’. Nasib baik aku boleh congak, pastu boleh la jawab. Yang sakit hatinya, dekat aku jugaklah, soalan maths keluar. So, disebabkan garang gila, aku tak berani nak bergerak walaupun ke tandas.  Sesi kedua tu best, sebab pakcik tu relax je. Laki sebelah aku tu dah baring 2 minit pertama, perempuan depan aku tesengguk-sengguk, yang depan kanan sikit main phone. So, aku sempatlah on Instagram, pastu tweet sikit acah-acah wild girl lah tak pay attention waktu ceramah, pastu whatsapp kejap dengan kawan, pastu sempat lagi aku kena dare tangkap gambar mamat tidur sebelah tu, aku rasa orang belakang aku perasan yang aku senyap-senyap ambil gambar orang tu. Ah tak kisahlah, tu last time je kan aku jumpa dia. Aku rasa pakcik tu sabor jela tengok kitaorang ni biadap macam tu. Hehe Siapa suruh baik sangat? Pastu, masa waktu kemuncak tu memang aku tidurlah, yang aku dengar pasal brek mengejutlah, pemandu lembab lah, apa lah. Aku duduk tegak tapi mata tutup, walaupun aku tau penceramah tu nampak aku buat apetew. Apa-apalah, sebab memang aku tak tahan. Tiba-tiba, aku dengar orang cakap sensorang, aku terjaga lah. Tengok perempuan sebelah kanan aku tengah otp. Lol me. Memang pakcik tu kena troll kaw-kawlah. Apa yang dia merepek kat depan tu aku rasa 4 orang je dengar kut, tu yang set-set baik, tahap siap bukak buku sama page dengan pakcik tu cakap. Aku punya buku, aku lukis-lukis sebab bosan gila k.


Sampai masa tu, kitaorang boleh balik. Aku rasa aku dapat 35% je sebab yang lain tu tak relevan. Duk bandingkan pemandu Malaysia dengan Singapore lah, apalah, aku hanya mengiyakan dengan senggukanku. Lepas beberapa hari tu, aku peliklah sebab aku tak dapat call dari diaorang. Geram pun ada sebab aku memang nak test komputer cepat-cepat sementara aku ingat pakcik tu cakap apa. Aku pun call lah diaorang, barulah diaorang book tarikh. Masa hari test tu, aku jumpa lagi dengan akak poli yang aku ada sembang-sembang haritu. Best jugaklah sebab diaorang sporting, dan aku peremah, friendly lagitueww, memang bestlah. Before tu aku siap install kpp apps, and buat test tu. Mula-mula, fail je manjang, macam orang tak pernah nampak kereta. Pastu malam sebelum test tu, aku baca buku sikit, aku try buat test lagi. Lulus lah jugak, pastu aku rasa  lega dah. Aku rasa aku tak payah study dah sebab dah lulus ye dak? So, sambung balik. Agak cuak sebenarnya, siap double check lagi jawapan aku tu. Last-last lulus jugak. Hehe aku dah excited nak drive lepas tu.


Lepas tu, masa nak balik akak cina tu ada pesan suruh bawak salinan ic, gambar and duit semua. Aku pun blah la. Pastu dah seminggu, tak ada apape berita. Aku macam wonder la, kawan aku kurang seminggu dah dapat lesen L. Asal, result aku tak valid ke apa? Aku pun call la akak tu balik nak tanya. Pastu akak tu jawab, ‘’Haritu kan i kasitahu u kena bayar dulu, baru boleh belajar maa’’. OMG Aku rasa nak bagi satu das f-words. Tapi taklah. Tak sempat sebab aura baik aku dah keluar dulu. So, aku pun cakap ha jelah. Itulah, masa haritu dia cakap macam tu je, so aku assume dia akan call for the next class. Tengok2, apa pun tak bagitahu. Geram jugaklah sebab dia tak ada communication skill, dahlah loghat dia pun aku tak faham. Husnudzon lah sikit eh. Lepas bayar tu, aku tunggu punya tunggu, last-last aku nak call balik macam mana progression nya. Tapi aku takut, so aku suruh mama yang call. Baruuuu dia book first class untuk aku. Kau bayangkan lepas sebulan, baru dia book. Lepas result, baru aku dapat tempat. Padahal bulan 1 tu aku dah lulu test. Kurang ajar tak? Selagi aku tak call, selagitulah dia takkan proceed. Amende jenis agency aku tak tahulah. Itupun dia cakap dekat whatsapp . So, lepas resultlah baru aku dapat belajar. Sepatutnya time tu aku dah lulus jpj dah.



First-first tu memang excited nak drive. Tapi, my first driving class ke laut seteruk-teruknya. Aku rasa down gila ah. So, nanti lah aku sambung sebab rasa nak explode ni bila teringat balik. Bye.

2 comments:

  1. Me too omg takleh move on lagi dengan org senasib mcm put. My first class tho teruk gila nak mati cant describe 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikr sobs. So nak taknak terpaksa la tahan sebab thats the only way kita nak lulus hehe.

      Delete

thanks for reading this post ♥