Mar 11, 2016

My Pathetic Driving Class #2

So, sambung cerita haritu. Kali ni lagi parah sebab dia dah mula tinggi suara. Honestly aku tak tahu siapa cikgu yang akan mengajar aku nanti. Aku assume akak cina tu. Well, aku okay je dengan dia. Baik je sebenarnya, tapi sikap dia yang suka sangat tak bagitahu aku tu. As I told you before, lepas almost sebulan baru aku dapat belajar walhal aku dah lulus dan patut dapat lesen L dah. 


Pagi Ahad tu, aku naik dengan pakcik cina yang besar tu. Oooo rupa-rupanya dia cikgu aku. Dalam kereta tu ada dia, perempuan cina ni, seorang laki cina bawak helmet yang duduk sebelah aku tu, pastu aku. Akulah wakil melayu dan muslim dalam tu. Aku tak adalah awkward mana, aku buat tak tahu jelah sebab diaorang cakap pun, aku tak paham. So, aku tak boleh nak join conversation tu huhu. Haa, bila dah sampai tu pakcik tu suruh aku ikut dia pergi daftar, hm pastu dia mintak lagi seringgit. Padahal haritu dah bayar full complete kut, takpelah aku taknaklah berkira pulak kan. Pastu dia panggil aku dekat kereta kancil dia tu, and dia bagi 4 helai kertas suruh aku baca. LOL Is this MUET test ke apa siap suruh baca engkau. 


Then, dia suruh aku duduk dekat kantin tu. Aku pun pergilah sorang-sorang. Aku cool je. Bukan aku taknak beli air, knowing the fact that yang jual tu chinese, so aku macam ragu-ragu sikit. Nasib baik I bawak air mineral sendiri dengan mentos (sebab kecik dan mengenyangkan bagi akulah). Aku duk baca dalam 15 minit jugaklah. Lepas tu, pakcik tu panggil balik. Dia suruh aku pergi tempat 'tu'. Aku pun pelik lah, tempat 'tu' tu tempat apa. Then dia tunjuk satu tempat ni.Aku macam confused la, tempat apa doh. Aku nampak pokok, bukit, kereta je. Pastu dia teman aku jalan kejap. Dia suruh aku ikut satu kereta ni. What a satanic attitude, dia suruh aku jalan kaki pergi situ sambil kejar kereta tu. Orang lain naik kereta kut. Haih takpelah, aku redha dan aku jalan terkedek-kedek ikut kereta tu. Malu jugaklah sebab orang lain tengah practice, tetiba nampak sekor tongoi yang tengah jalan dengan pantasnya. lol


Oooooh rupanya tempat rpk/rsm. Dia nak briefing dulu. Cakap lah awal-awal pakcik oi. Ni cakap, tempat 'tu'. 'Tu' tu apa? jamban? Masa tu aku dan panas dah dengan pakcik tu. Dah la aku tak tau dia pelat apa, yang pasti aku tak faham apa yang cuba dia sampaikan. Time dengar pasal rpk tu, pakcik lain yang terangkan. Dia orang melayu, so aku lega sikit lah. Well, at least aku faham lah apa yang dia cakap. Boleh pulak time dia terangkan, dia buat lawak gila-gila ah sampai aku terpaksa menyumbangkan satu 'ha'. Kau faham tak gelak pahit? Haa sepanjang setengah jam tu, gelak aku semua gelak pahit. Lawak pakcik tu lawak yang try so hard gila sampai terbatuk-terbatuk dan lagi teruk sampai terjongket-jongket. Dah le pakai shades, aku taknampak matanya ke mana. Adui, tolongla pakcik, kalau tak boleh buat lawak, saya redha je dengan sikap pakcik yang sebenar. Yang peliknya, ada sesetengah budak yg dengar semua tu gelak-gelak bajet macam kelakar sangat. Aku pun wonder lah, apa benda yang lawaknya setakat pakcik tu kata tingkap tak boleh bukak. Oh ok, maybe sebab pakcik tu buat action kut yang tingkap tak boleh bukak. But seriously, I didnt get the jokes ?  Pastu ada satu part ni, dia bukak but kereta. Dia suruh kitaorang semua tunjuk tali sawat. Aku memang zero lah pasal benda ni. Pastu, masa turn aku, aku main tunjuk lah besi warna kelabu apa tah. Dia punya ngekek gelak duk bahan aku. Semua diam je, dia yang over ''Apa awak tunjuk tu akak. Tu besi aircon hahahahaahaha. Salah tu.'' Pastu aku tunjuk la besi sebelah dia. Dia jawab ''awak salah dah ni... lagi, lagi?'' Aiii pakcik ni dah melampo. Dua kali aku dah salah tu, tunjuk je lah yang betul. Last2 aku ngaku yang aku tak tahu. Haa ok lepas tu dia tunjuk lah. Dalam betul tali sawat tu, aku tak terpikir pun benda tu. Pastu, dia ada cakap ''okay untuk tali sawat ni, korang kena bagi explanation yang tali sawat ni tak berbulu hehe hahahaha. Kalau malu, cakaplah tidak berbenang haha. kalau malulah''. And....... was i supposed to laugh or cringe or shut the heck up. So, aku start balik senyum pahit aku. Padahal dalam hati, rasa nak record, tunjuk satu dunia. 


Lepas habis semua tu, pakcik tu suruh kitaorang pergi dekat cikgu masing-masing. Lepas tu, aku jalanlah nak balik ke kantin. Tiba-tiba, aku dengar ada sorang pakcik cina yang aku tak kenal panggil kawan aku seorang tu. Aku buat tak tahu jelah. Aku jalan dengan kawan aku yang lain. Tiba-tiba diorang panggil lagi. Haa dah kenapa? Aku macam blur-blur lah sebab aku agency lain kan. And then, diaorang panggil jugak aku suruh masuk kereta dia. Best jugaklah sebab dia kereta Axia, di mana air cond nya sejuk dan berfungsi, harap maklum. Aku masuklah. Aku pelik jugak asal dia panggil aku, and aku tak kenal pun dia. So, dalam kereta tu ada pakcik yang aku tak kenal tu, ada  2 orang perempuan lain, dan aku yang terpinga-pinga. Pastu, pakcik tu drive la bawak pergi jalan kat litar tu. Nak tunjuk apa yang ada maybe. Pastu tiba-tiba dia pandang belakang tau. Dia terkejut tengok aku. Pakcik tu kata '' Aik kenapa ada dua orang dekat belakang?''. Aku macam peliklah, tadi dia tak nampak aku ke. Then, dia tanya aku agency mana semua. Aku jawablah. Pastu dia marah pulak, ''EH tak boleh la. you suruh cikgu you ajar sendiri maa. You turun sekarang''. W-wait seriously?! Oh my effing God, dia suruh aku turun dekat situ jugak what the freaking hell. Tadi, suruh aku naik. Lepas tu halau macam tu. Muka aku berubah dah masa tu. Dia sambung lagi ''sorry ye tapi i bukan halau u, u kena suruh cikgu u ajar''. wow i mean double wow! Masa tu, aku rasa nak:

#1 nangis
#2 nangis
#3 nangis
#4 carut
#5 tumbuk pakcik tu

Boleh pulak dia suruh aku turun macam tu je. Dengan orang ramai dekat luar, semua tengah pandang aku, aku rasa down sangat. Aku dah berair dah time tu, but you know, mak aku ajar supaya jangan rude dengan orang, so aku cakap thank you and sorry dekat dia. Sorrylah, kalau orang lain, dia hentak je pintu kereta kau tu. And from that time, aku belajar satu benda, aku ni tak boleh baik sangat dengan orang nanti kena pijak macam tu je. Yang tu first aku geram dekat pakcik yang halau aku tu. Ada mulut, cakap elok-elok kau nak aku suruh buat apa. Taknampak muka aku ke? Aku keluar kereta terus aku curse gila-gilah. siapa yang dekat tu dengar lah kut. Aku on the way nak pergi office,nak cari cikgu aku tu. Lepas tu aku dengar ada orang panggil nama aku. Aku pusing belakang tengok cikgu besar cina aku yang sebenar panggil aku. Ni seorang lagi. Dia bukan kisah pun pasal aku. Well hello? Mintak maaf pun tak. Main tinggal macam tu je pastu act like nothing. Sumpah eh, aku dah hilang respect langsung dekat orang dekat situ terutamanya cikgu aku tu. Harap je umur dah meningkat, aku lagi matured. 


Dalam kereta tu, aku diam je mula-mula. Sebab aku geraam sangat. It takes time to heal. So, aku istighfar banyak-banyak mintak supaya hati tenang. Last-last tu, dia suruh aku duduk depan and drive. Mula-mula tu, aku start engine dulu. Lepas tu dia suruh buat gear 1. Aku godek-godek lah gear tu, tengok tak boleh gerak. Pastu dia kata, ''u tekan klaj dulu maaa''. Aku masa tu lost gila sebab baru marah en, aku tak tahu klaj kat mana. Aku diam je. Aku buat buat tekan button kat radio tu haha. Lepas tu dia marah pulak ''aiyaa tak baca ke tadi? kan i suruh hang baca''. Sudah, dah keluar dah 'hang' dia. Aku macam wadehel, aku bayar kau bukan suruh kau paksa aku baca, tapi suruh kau ajar secara praktikal, demo sikit. Kalau macam tu, baik aku beli buku je hafal step. Lagipun, dalam kertas yang dia bagi hanya ada rpk dan rsm je manada menatang klaj bagai. Aku tak tau klaj apa yang dia merepek, aku sabor jela. Hampir je aku nak tampo muka dia. 


Pastu dia tunjuk la mana klaj. Mula-mula aku start driving tu smooth la, cuma aku terbanyak kali mati enjin. Yela, first time kut. Kau expect apa? Dah pro tahap boleh drift? Bukan aku nak kutuk ke apa, tapi ya Allah , Tuhan je tahu betapa panasnya aku. Dia pasang aircond, tapi bukak tingkap (WTH?), pastu memang tak rasa aircond lah. Baju aku dah lenjun dan. Dengan panasnya, dengan aku tak paham dia cakap apanya. The worst thing  is, i couldnt get what he was trying to tell me about. Dia macam ada masalah krisis mumbling yang melampau sampai tahap aku nak sumbangkan air mineral supaya dia relax sikit, telan air liur tu biar jelas cakap. Aiyooo macam mana lepas ni. T.T 


So far so good, aku ada la jugak sembang dengan dia. Lepas marah aku tu dah reda, aku tanya la dia jugak macam-macam. Aku dah berjaya buat bukit, parking, z course, s course dangan semua semualah dekat litar tu. Dia ada puji aku sikit, dia cakap aku ni cepat belajar berbanding student lain. hehehe YELAH DAH KENA MARAH. lol Tapi, ada satu part ni, masa dekat bukit. Aku gelojoh sangat sampai kereta ter undur ke belakang haha. Aku panik gila lah time tu, pastu pakcik tu buat bodoh je. Aku gelabah, aku angkat brake. Pastu tak jadi apape pun. Pak cik tu pandang je aku dengan muka expressionless dia. Apa kau ingat kau hensem? Pastu aku macam cemas la. Dia marah sikit. ''Tekan la klaj dengan brake tu''. Laa, cakap la. First time kut aku fail bukit. Sekali tu je. Tu pun dia nak kecoh. Bukan ajar sangat pun. Dia je kebetulan dapat student pro macam aku. lol


Oh, haa ada satu part ni dekat parking. Mula-mula masa nak ajar tu, dia ada sebut macam ni, ''u nampak itu tanda, sama dengan ini, sebaris dengan kita maa''. adoii, aku tak faham ni. Aku cakap pardon? dia tinggi suara sikit, tapi still ayat yang sama. wow jadah apa yang kau cakap ni. Aku buat muka blur aku. Rupanya dia nak cakap yang tanda dekat divider tu kena sebaris dengan bahu kita. Aku hanya mampu simpan carutan ku di dalam. I mean, kalau orang lain pun tak faham. Kau ingat aku ni anak kau ke nak paham every single thing yang kau cakap. Aku ni Melayu yang penuh dengan tatabahasanya eh. 


Haa lepas tu okay jelah. Takde apa dah. Cuma mula-mula tu aku rasa malu sangat, nak marah, nak cekik semua orang kat situ. Aku macam tunggul yang ikut je apa orang cakap. So, my first day of class sucks so much. 5 hari kemudian, aku tak dapat any news dari dia. Pastu aku whatsapp diaorang. Haa, baru diaorang bagitahu next class aku Ahad ni, lusa lah kiranya. Hm, haraplah habis cepat sebab aku tak tahan dah ya rabbi. Aku boleh sabar je dan ikut je apa dia nak. Ok kk. Kalau dia marah lagi, apa boleh aku buat. Tapi, satu kebangangan agency diaorang ni, diaorang suka tak bagitahu bila. Kurang ajar kan. Kita pulak yang kena refer selalu. Tak patut kut. Tutup kedai jela. Kalau dah menyusahkan orang lain.


Well, kita tengok hows my next class. Kalau dapat sekali je aku maki, sekalii je, teringin jugak. But, honestly, first day aku dah jadi sejarah hitam sebab:

1. kena halau
2. kena marah
3. tak faham accent pakcik tu? 



1 comment:

  1. kasihannya kamu ni. moga bertabah dan cepat cepat dapat P. :)

    ReplyDelete

thanks for reading this post ♥