Mar 25, 2016

My Pathetic Driving Class #3

Hai, nak sambung lagi. So, hari kedua aku practice driving ni quite okaylah. The fact that aku tak hafal sangat jalan kat Ipoh ni, you can't expect me to know every small road yang tersorok dkt mana-mana tah. Okay, nak dipendekkan cerita, class sebelum ni aku practice di litar je. Aku dah pro dah buat bukit, parking dan yang lain-lain. Hari tu, first time aku akan belajar di jalan raya which is aku seronok sebenarnya.hihi 


Masa cikgu aku sampai tu, aku cepat-cepat keluar rumah sebab aku risau dia naik angin kalau aku terhegeh-hegeh. Aku nak masuk seat depan sebelah dia. Tapi, tiba-tiba dia tanya aku 

Boleh drive sekarang tak?

Aku punya terkejut sebab aku tak ada experiece drive dekat road doh. Tapi, dah dia suruh, aku ikut je. First-first tu aku ada masalah nak tukar gear. Sebab aku cepat gelabah. Gila ko, tak ada experience kut. Hmm, so far so good. Lepas tu, dia suruh masuk highway sebab senang nak pergi driving center tu. Dia ada comment sikit yang aku drive agak laju. Padahal, 30 km/h je, orang belakang siap potong lagi. Paling sakit hati, ada lori besar potong aku. Peh, rasa terancam gila sedangkan masa mama drive, aku duk komen lori bawak lambat. Baru ku tahu yang kita tak selalu ada dia atas kuikui. Dengan hanya berbekalkan kancil, aku redha :')


Hmm. Sepanjang 3 jam latihan tu, aku rasa aku tak ada lah teruk mana sampai nak langgar kereta orang. Cuma sipi-sipi, tapi aku boleh control benda tu. Paling aku takut waktu traffic light, it's my worst enemy lah. Sebab masa berhenti dekat traffic light, kena buat gear satu kan, so, kalau nak gerak balik, aku kena slow-slow angkat klaj baru tekan minyak. Masalahnya, aku banyak kali berhenti enjin hehehehe. Tak tau le sama ada aku yang tak reti nak balance or kereta tu yang problem huhu. Sadis hari keduaku. Aku ulang alik jalan A, B, C tu dekat 2 kali bagi setiap jalan. Penat gak, nak balik tu pun, aku yang drive. Memang tak le dia yang drive.


Ada satu masa tu dekat traffic light, aku kereta yang ketiga, so bila dah hijau, aku start la nak gerak. Boleh pulak, mati enjin on the spot. Aku start 2,3 kali dah. Tapi still asal aku angkat klaj je, dia mati enjin. Aku gelabah gila tengok kereta belakang berderet tunggu. ;( Cikgu aku tu tak membantu. Dia sekadar ulang ayat yang sama sobs

Angkat clutch perlahan lahan maaa

Yee. saya tahu. Tapi, bergetar-getar kereta sampai mati. Hmm pastu lampu bertukar merah balik pun, aku still tak bergerak. Malu gila lah. Aku cuba baca bismillah, tarik nafas semua, Alhamdulillah boleh gerak. Ceh, masa lampu hijau kali kedua tu, kereta belakang aku terus pecut memotong. ngehehehe ko sabar jela dengan pemegang lesen L seperti saya ni hihi.

So, akhirnya itu jelah pun. Takda apa sangat. Aku just tak pandai nak gunakan cermin kiri kanan, and bila kereta belakang aku banyak/rapat, aku dah mula lemah semangat. Itu yang cikgu aku ajar. Dia cakap tak payah peduli kereta belakang, fikir pasal kita je. okay... so he wants me to be selfish and... im really OKAY with that :P 


Esokya pulak, aku ada class lagi. Petang pulak tu. Memang lenjun bajuku plus kaki aku kebas sebab tak rehat langsung sepanjang 3 jam. Alhamdulillah, aku dah tak mati enjin, and i started to drive 40 km/h. yeay but still dia kata laju. W-what? Masa dekat bonggol pun, aku main langgar je, terhenjut henjut dia hehe sorry uncle. Lepas tu, ada pulak lori main cross je, aku apa lagi, brake mengejut lah. hm sian cikgu tu, terkedepan badan dia wuu sorry. you must be so tired having class with me. Mesti dia tak sabor nak habis dah =D


So, end up aku dah 6 jam semuanya. Lepas tu, dia dengan confidentnya bagitahu, yang aku ada ujian QTI 3 hari kemudian. WHATHE sepatutnya 10 jam kan? Aku mulalah nak bangga jap, sebab mungkin dia rasa aku dah pro ;p, tapi aku agak marah lah sebab dia tak habiskan kelas dulu. Tapi, takpe. Dekat litar, everything is okay and aku sangat suka latihan dalam tu. BEST! Masa, QTI tu aku kena marah lagi hehehe But im coolidat. So, aku tak ambil hati sangat. Next time,aku cerita pasal QTI pulak. zzz and i made some new friends on that day and it was hella fun to talk to them. BYE

No comments:

Post a Comment

thanks for reading this post ♥