Oct 28, 2011

TAGGED?!



Assalamualaikum semua! Takdir hari ni telah menentukan bahawa saya kena tag oleh Zeemas Anim. Tepuk tangan seratus kali kepada saya. Untuk pengetahuan, saya baru kali kedua kena tag. Agaknya bila game ni habis eh? pfffft Jom lah kita mulakan. 



THE RULES (100% from the author)


1. You must POST this rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No TAG BACKS.
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU'RE READING THIS'. You 
legitimately as known as REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY have to tag 11 people.



Baca elok elok rules dia. Okaylah. Meh sini saya nak jawab soalan nya pulak. Ohh ye, 11 things about me tu saya dah post di entry saya yang ini. Siapa yang nak meminang saya, bacalah. :D




...SOALANNYA...

1. Korang suke  Korea?
= Tak minat pun. Cuma drama je. =p


2. Korang suke lelaki jenis camane?
= errr. Lelaki gentle, hot, dan bukan jenis tinggalkan suruhan agama. :)


3. Kereta apa yang paling korang nak?
= hmm. Tak kira harga, nak BMW. Kalau ikut logic, saya nak kereta Altist :)


4. Korang suka Bruno Mars tak?
= Suka sangat sangat :3


5. Kalau korang pandang cermin, apa yang korang buat?
= Buat ? Buat apa apa jelah.


6. Sebelum keluar dari rumah, korang salam mak and ayah?
= Kalau pergi sekali, tak kot. Entahlah. Sebab pergi mane mane pon bukan saya pergi          dengan orang lain.


7. Korang suka pink ke?
= o.O Suka lah. Blog pon warna pink. ^^


8. Window shopping buang masa. Apa pendapat korang?
= Saya tak rasa buang masa pun sebab ia maybe merancang untuk kita beli pada masa yang akan datang.


9. Mak korang kuat bebel tak?
= Tak. Kalau degil, marah terus.


10. Korang rasa blog korang cantik?
= Mestilah. Kalau tak takkan saya edit cam ni kot. lol


11. Rumah korang kat mane?
= Dekat Ipoh, Perak. :)


So, guys saya dah jawab dah. Dan soalan dari saya saya malas nak buat. Kalau siapa nak, buat je lah berdasarkan soalan yang saya jawab tadi. Kbye. 


Note: Bukan kita malas, kita ada banyak lagi kerja nak buat. *Life Is short kan? And Simple kan? Jadi, saya tak naklah tanya orang. Nanti marah pulak. :D Assalamualaikum! teeheee



A Day In Lost World With 1 Azalea!



Assalamualaikum pembuka bicara, huhu. Dah lama dah sebenarnya benda ni, tapi sekarang baru ada masa nak buat. Takpelah, syok apa, buat lambat lambat. Boleh menyihatkan otak kita sebab nak flash back balik. Apa apa pun, stay dulu baca entry ni. Korang sure happy rasa terliur nak pergi jugok. muahaha. Jom terjah!




Pada 22 Oktober 2011, seawal jam 8 pagi, saya sampai di RPS (SMK Raja Perempuan). Inilah permulaannya. Then, kitorang bertolak dan sampai pukul 10 mcam tula. Sebab kitorang singgah makan dulu. Lepas tu, baru bertolak pergi. hue hue. Bila sampai tu, kena beratur panjang. dah lah lembap gila nak OPEN! Bila dapat masuk tu, apa lagi kitorang mandi gedang gedabak la!




Ehh lupa pulokk. Nak bagitau yang saya pergi dengan kelas 1 Azalea iaitu kelas saya. Naik bas je. Tak ada air-con. Bas sekolah. Tapi, yang penting moment yang dekat tempat dituju tu yang lagi best. First first sekali, tanpa membasahkan rambut, kitorang terus pergi naik slide yang besar gedabak tu. Tapi, orang yang pakai tracksuit tak boleh. So, nasib baik aku boleh sebab pakai legging. Masa first naik tu, aku naik yang ada bumbung tapi terang sikit. Memang jerit gila lah aku sampai suara bergema macam dalam Gua Niah. 






Lepas tu, pergi yang macam kolam yang macam terowong tu. macam sungai pun adoo. BEST WOOO.  Then, kitorang mandi manda kat tempat yang  macam pantai. Ada ombak. Tapi, taklah sepanjang masa. Kalau pergi dengan kawan, sure enjoy. Bukan pergi dengan family tak best, cuma tak extreme lah. :P Macam macam lah kitorang main. Malas nak cerita satu persatu. Termasuklah main buayan pusing, pirate ship dan petting zoo. 




huhu Petting zoo tu takut sebab ada burung merak ni kejar kitorang. Ada kambing, macam macam ada. Tapi ada pengalaman perit dan pedih wahhh. Nak tahu? Camni. Saya naik slide kali kedua dengan kawan saya seorang tu. Tapi tak berbumbung lah. Kali ketiga, memang tragis weh. Dahlah slide tu gelap. Menyesal naik. Sebab masa nak sampai hujung slide tu, pelampung terbalik. Kau tahu kepala aku kat bawah kaki aku kat atas. Memang aku ingat saya kat laut China Selatan mana tah. hoho 




Untuk pengetahuan semua orang, bahagian air yang terletak berhampiran hujung slide agak dalam, tak macam dekat yang hampir ke tebing tu. Ahhh Kalau korang pergi korang tahulah. Bw, ada 2 gambar yang saya nak share dengan korang. Dua je. Sebab saya tak bawa kamera. Takde masa lah nak bawa. Kita nak mandi je. Jom tengok. Bytheway, saya godek gambar tu dari facebook kawan saya, Farah Hannie. :)





Saya yang shawl warna oren harimau tu. rawwwwr. Tu masa nak balik dah, sebab tu pakai tudung. ^^



Lagi satu. hohohoho Comel kan kawan kawan saya? Semestinya. 


Okaylah. Sampai sini jelah nak cerita about moment kat Dunia Sesat ni. Apa apa pun, Kueytiowlagiiibolleh *my tagline in twitter. TWEET LAH KITE.. Assalamualaikum! :D



Oct 27, 2011

EXAM IS OVER!

Comel kan cupcakes kat bawah ni. Rasa nak makan je. Untuk pengetahuan semua, saya ni HANTU CUPCAKES. muahaha Jom lah terjah entry ni! :D



cupcakes, cute, doces, frosting


Picture source: favim.com


Assalamualaikum. Saya seronok sekarang. Mahu tahu kenapa? Stay tune. Okaylah. First time kali ni dalam 2011, belajar sampai nangis nangis. Nak tahu kenapa? Sebab bila tak faham tu, aku bayangkan yang aku tak dapat buat lah, then aku rasa macam mane aku nak berdepan dengan soalan yang subjective punya lah. Berbagai soalan yang aku fikir sebelum aku belajar. Punyalah stress memikirkan periksa. But, bila hari jumaat tu, terus hooray merdeka. Lain lah macam tahun 5, 4. Bila habis final exam, sama je mcam dulu. Diorang bukan belajar apa sangat. Kita yang dah form 1 ni perlu catch up dulu, baru PMR tak payah nak bersusah payah belajar form 1 punya. Tambah tambah lagi, Sejarah, Geografi, and KH. Geografi lah yang paling aku tak suka. But masa Ujian Penilaian 1 and Pertengahan tahun, aku A tahu. Lepas je masuk bab peta peta dunia tu, hampesss. 


For the first time, form 1 ni aku belajar seni. Sebab my old school ambil aliran music. cehhh. Tapi tak lah sehebat suara ku yang bagai katak di bawah tempurung ni. huahuahua 14 October tu, aku ada periksa Seni and Sivik. Aku ni bukan lah orang yang berseni sangat. Kalau setakat nak melalak melolong tu, boleh aje. Tapi, ni seni lukisan sayanggggg. Ada 5 pilihan dan aku telah memilih untuk melukis gambar seorang wanita sedang mencuci kain dalam tandas. Tapi lukisan aku agak menjengkelkan sikit sebab ada washing machine dalam tandas tu. Tapi, sayangnya aku tak bawak crayon besar gedabak tu sebab hilang. Dahlah itu crayon buncho yang bagus kan. Dan dan tu jugak nak hilangnye. 


Sumpah weh Sivik tak baca satu benda pun. Kalau aku dapat 'A', memang aku takkan baca buku Sivik dah lepas tu. Kalau tak baca buku Sejarah, sila jangan datang ambik periksa sebab kalau korang datang pun, tak boleh nak ingat sepatah haram pun. pfffft Sakit hati bila Sejarah tu tak keluar apa yang aku baca. Geram pun ada, rasa nak putar masa, nak baca balik. Lawok kan. Malangnya, memang Sejarah susah sebab jawapan dia bagi ada 2/4 betul. Tapi, dia nak yang tepat. Memang habislah mulut aku kumat kamit baca doa, bagi ingat balik. 


Lepas tu, hari seterusnya, ada exam BM. BM tu Alhamdulillah lah boleh buat. Sebab tanpa kertas 2, aku tak boleh buat. Tak cukup kuat. huhu Seterusnya Maths, senang je. Bukan nak berlagak ke apa ke, maybe ini lah balasan nya untuk orang yang baca buku. yelah, kalau kita usaha, akan dapat lah balasannya. Next, paper BI. Paper 1 aku buat dengan TAK yakin nya. Paper 2 aku buat dengan yakin sekali miyahahaha. Then, kertas agama. Okay je. Macam biasa dah keluar soalan latihan. 


Apa lagi? Kalau yang tak penting tu macam PJK, Seni, aku tak baca buku langsong. Jangan tanya lah paper 2 tu. Bengong part part tu. ohh hampir lupa subject Sains yang sangat cantik. Entahlah, bagi aku senang. Tapi, orang kata jangan terlalu yakin sangat. Tapi, takpe nanti aku post tentang result periksa aku dekat blog. But for now, aku nak buat post lain pulokk. Okaylah. bye for now. Assalamualaikum :)

Oct 26, 2011

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!


Assalamualaikum and selamat pagi semua! Antara korang korang ni, pernah tak join segmen? Tak kisahlah segmen sape ke, apa ke. But sekarang ni, saya dengan berbesar  hatinya teringin nak join segmen Lyssa Faizureen. Ni first time lah saya ikut segmen segmen ni. Sebab dulu dulu kalau nak ikut segmen, jadi malas nak tulis panjang panjang. Okaylah jom tengok!



Ni lah header Lyssa tu. Lawa kan. So, apa lagi, click lah header tu untuk join segmen before pukul 4 petang ni. =p


Cerita about latar belakang saya :P

ahahh. Latar belakang nak cerita pasal apa eh? Okaylah. The first thing, kalau yang tak tahu nama sebenar saya tu, bolehlah tengok sini. My real nama is Puteri Nurin Sabrina. BINTI tu tak perlu lah ye. :) Saya berasal from Ipoh di Perak di Malaysia serta di Asia. Saya baru je form 1 tapi dah minat dalam bidang blog ni. hohoho Tapi korang boleh panggil Puteri je. Kalau nak contact dengan lebih lanjut, contact lah saya through FB ke, Formspring, Twitter ke. Tanya je kat sini. heheeee Tarikh lahir saya: 16 Januari 1998. Awek muda kan? muahahaha. :P Okaylah. Saya rasa tu je my latar belakang. EH cita cita belum lagi kan. Yes. my ambition ni boleh buat orang kecut perut. FORENSIC. huhu Bedah mayat. Entahlah saya macam gila minat dengan cerita CSI. Hobi saya pulak suka main komputer macam update blog, online facebook dan ber tweet-tweet. :P

Kenapa saya buat blog? o.O

haaaaaaaaaaaaa. Mesti semua orang tertanya tanya diri sendiri sebab kenapa nak buat blog. Bukan ke susah macam nak jaga binatang? kot kot design blog tu di curi ke, tetiba hilang ke.   But, bagi saya blog ni tempat kita luahkan perasaan. And kalau setakat 10 orang kawan kat sekolah tu, kawan kat taman perumahan tu, mana cukup. Kawan di alam maya pon bolleh. Menambahkan kenalan. best tahu kalau berblog ni. Kita buat tutorial, orang guna. Dapat pahala tuu. #tidak lah pulak aku tahu. pffft/ Blog ni memang terbaikkk. :P


Siapa yang menarik saya ke bidang blog?

hmmmm. Memang asal usul ni bukan lah dari kita sepenuhnya. Memang ada orang yang telah menarik baju saya sampai buat blog. Memula tu, rasa macam ihhhh gila bosan nak buat blog. Takde benda lain ke? o.P Tapi, lepas ditarik oleh my sister, Nurul Hanis dan my cousin Fathin Zulkifli, terus je minat. WA TABIK SAMA LU BLOG. Memang awesome. hihi Kawan kawan masa tu diorang pun lapok tak de blog. So, dengan kerabat family jelah, saya dapat ceburi bidang blog ni. :)


So, saya rasa itu je syarat syarat nya. Okaylah. First segmen sudah siap. Byebye. Wassalamualaikum. :P

Oct 23, 2011

ASK, ANSWER AND TAG GAME :D

Assalamualaikum. Ni first time kena tag dengan Hanis. Takpelah, kalau korang tak faham, baca je rules ni kat bawah. And for your information, rules ni 100% from the author. So, ikut lah rules dia. Sorry malas nak tulis panjang panjang disebabkan malas gila plus sakit badan mandi dekat lost world. pffffft 

THE RULES (100% from the author)


1. You must POST this rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No TAG BACKS.
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU'RE READING THIS'. You 
legitimately as known as REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY have to tag 11 people.





11 THINGS ABOUT ME


1. I am a girl.
2. I'm just 13 years old. 
3. I am Muslim and I'm proud to be Islam.
4. I love Miyyo Azman, Randy Pangalila, SCI, waffle, ice-cream. 
5. I like to sleep.
6. My favourite subjects are Maths, Science, Sejarah.
7. I like to stalk people. *whaaaaat
8. Handphone is not my life, so you dont have to contact me through my phone because i dont where is my phone now. *maybe in the 'tong sampah' i thought. lol
9. I hate girls those who are soooo 'gedik' one. 
10. My English is not good as yours but I got 'A' for my English. *Proud
11. And the last one, I love myself. :)


Questions from Hanis 

 ♥ Real name please? :)
= Puteri Nurin Sabrina 


♥ What is your ambition, birthday and where do you live? :D
= Ambition: Forensic     Birthday: 16 January 1998     Home: Ipoh, Perak


♥ Do you wanna dream that you were married with your prince charming? 
= Of course


♥ Do you enjoy my blog? :)
= Yeah maybe. hohoho


♥ What is your favourite song and artist? :)
= Fav songs: Wish you were here, fix a heart, jar of hearts, price tag  
   Fav artist: Demi lovato, Jessie J, Avril Lavigne, Randy Pangalila, 


♥ What is your favourite novelis?
= Aizam Aiman (PTS)


♥ Justin Bieber and Selena Gomez, YAY or NAY? 
= Its up to them. I dont even care about them.


♥ Strawberry or chocolate?
= Chocolate


♥ Your blogger idol and fav youtubers? :D
= Blogger: Cikepal     Youtubers: Anwar Hadi and Miyyo Azman. *lol he's a youtuber? I thought so.


♥ Your inspiration?
= My mom


♥ Hanis Zalikha or Hanis Anasa? :D
= Hanis Nurul Anasa huahuahua






My Questions (From Nurul Hanis because i'm so tired to ask you)


 ♥ Real name please? :)
♥ What is your ambition, birthday and where do you live? :D
♥ Do you wanna dream that you were married with your prince charming? 
♥ Do you enjoy my blog? :)
♥ What is your favourite song and artist? :)
♥ What is your favourite novelis?
♥ Justin Bieber and Selena Gomez, YAY or NAY? 
♥ Strawberry or chocolate?
♥ Your blogger idol and fav youtubers? :D
♥ Your inspiration?
♥ Hanis Zalikha or Hanis Anasa? :D


THANKS



Oct 17, 2011

What's up?

Hello. Whatsup? Whaddup. Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. hoho Cepat kan masa berlalu. Macam baru UPSR je. For your information, aku baru je 13 ^^ Tapi, sesetengah orang kata budak kecik pun dah nak buat blog dan sebagainya? Takpe takpe hiraukan. So, korang mesti belajar stress stress kan nak hadapi Ujian Akhir Tahun ni. Wohoo. Tahniahlah kepada budak budak PMR sebab dah merdeka walau sementara. Yang lain ni masih membebankan kepala otak. Tak tengok lagi bebudak SPM. Kasihan mereka. hoho Aku rasa dah cukup lah aku nak berbahas bahas. 

Wey wey. Esok periksa lah. Camane ni? Sini lah nak kongsi sikit persediaan sebelum periksa. 

TIPS-TIPS SEBELUM PERIKSA

1. First, senang je. Baca lah buku korang tu. Aku tahu sure berhabuk kan cos lama dah tak buka. Siap ada ulat berlendir lagi. Me too xD Aku mana ada rajin sangat. Setakat nak satu dua page tu boleh lagi. Kalau lebih, bye bye lah jawabnya. Serious ohh aku tak boleh kalau terlalu banyak baca otak aku boleh pecah dalaman. Stress memikirkan soalan soalan huahuahua.

2. Second, komputer? #YES YES YES! hohohohoho Kalau komputer memang wajib buka. Sebab nak tahu apa benda soalan yang akan masuk ke, berita terkini ke, kang tak jadi pulok. pfffft. Memang banyak kegunaan Facebook. Dia baik. Dapat share bermacam-macam benda. Tapi, kalau setakat nak main games sims social baik tak yah loh. Bagi aku je semua coins and energy and house value bhahaha.


3. Dengar musik. woah. Really. I love musics! I hate musics! Tanya lah kita apa pendapat kita... Okaylah, kita ni kan baik bagitahu sebelum korang tanya. Sebenarnya, mengikut professor alikando segereuos kornoikeli purjo, dengar music adalah satu kaedah untuk mengingati apa jua bahan pembelajaran.  Sebab bila kita dengar musik, kita rasa lebih fokus terhadap apa yang kita nak hafal. Tapi bukan bagi orang yang mungkin digelar 'nerd'. hohoho Terserah lah kepada diri masing masing. 


4.  Makan ya banyak. Tak kisahlah, gemuk ke kurus ke, yang penting badan mesti diisi. Bukan berisi. Kalau tak, sakit perut time jawab pekse. Mampuih hang tegamam di situ. Makan tu biar lah makanan yang mengenyangkan macam ayam KFC. Taklah. Ayam KFC tu makanan favourite kite kite je. Makan telur setengah masak. Menjadi adat orang Melayu wangi. Orang Melayu busuk selalu minum arak. Bagus lah tu. Bagus lah sangat! Taik hidung busuk je. Geli ai dengan arak ewwwww. Haram lah still ada orang Islam yang minum. Otak hang kat mana haaa? 


Ai rasa tu je yang selalu aku buat. Kalau nak tambah tambah tu, fikir fikir lah baik atau pun tidak sesuatu tu. Okaylah. Salam tidur dari saya, Bubbye. :D I LOVE MIYYO AZMAN! 

Oct 16, 2011

Review Filem Al Hijab

Hello! Good afternoon! Bila di sungai mendayung sampan, bila di darat memandu kereta, bahasa malaysia bahasa kebangsaan, cintailah bahasa kebangsaan kita. cewah Ni lah pantun yang aku telah cipta sendiri dalam masa duapulohminit di sekolah. Ada pertandingan mencipta pantun sempena bulan bahasa, aku pon join lah. InsyaAllah menang. Nak tahu tak, aku ada tengok cerita Al-Hijab. eiiii. First tengok tu, biasa biasa je, lepas tu je, menjerit sumpah serana aku. huahuahua. Nak tahu camane? Baca ye di bawah :>


Pada hari tu, kitorang family tengok wayang Al Hijab di Jusco. Petang. Tapi, ada dua orang cousin join. Baru lah syok. woohoo. <3 Nak tahu sinopsis dia? Jom terjah!


Note: Sorry tak boleh letak gambar sebab takut trauma dekat blog kita. :D


Pada mulanya, Rafael (Piere Andre) seorang pelakon ekstra. Dia ni adalah boyfriend kepada Fathia *serious dah lupa nama dalam cerita tu. Then, Rafael ni dapat satu tawaran berlakon dalam cerita seram.  Tapi malangnya, dia tak ada perasaan takut mahupun aura seram. cehh. Kemudian dia pon mintaklah tolong gf dia. Fathia pun cerita kat mak dia pasal si Rafael tu. Mak dia kata satu satu caranya ialah membuka hijabnya. Mak Fathia pun bagitaulah segala galanya about hijab. Then, satu malam ni Rafael dapat message dari orang yang tidak dikenalinya. Aku pun tak faham sikit sebab macam tak logik. Kemudian, message tu menyatakan alamat satu tempat ni. Dia pun dengan yakinnya pergi tempat tu. Rupa-rupanya, tempat tu lee ada sorang mak cik ni boleh bukakkan hijab orang. Dia pun bukaklah hijab dia. Hampir semua menatang lah dia boleh tengok. Lepas tu, ada part lawak gila. Sumpah tak tahan kot. Dalam panggung tu, dengar suara orang gelak je. Aku pun sama gelak macam orang kurang siuman. :P Lepas tu keesokkan nya, dia tak tahan dan pergi ke tempat mak cik yang bukak hijab dia ni. Malang tak berbau, mak cik tu sudah meninggal. Habiskanlah hidup dia dengan hijabnya erbuka sampai mati kerana hanya mak cik tu sorang je yang boleh tutup balik hijab dia. Tamat. #Agak-agaknya ada tak Al Hijab 2? lol

 Best kan? Lawak pun ada. Okaylah. Pendapat aku tentang cerita ni memang seram dan ada part lawak yang boleh buat kita tenang sikit. BEST LAH! Cuma, lakonan Fathia macam formal sikit. Then, ada part tu orang lain boleh tengok 'hantu' tu, but Rafael tak nampak. Pelik di situ --' Ending dia...... tak puas! But secara seluruhannya okaylah. :) Good job Piere Andre! Bagus kerja mu. hohohoho Wassalam.