Dec 29, 2012

JB and Singapore - Day 1

Assalamualaikum.. Hi...
Cis Cis. Sedihnya nak sekolah. Tak dapat nak manfaatkan cuti ni sebaik yang mungkin. Bukan main lagi plan macam-macam, bajet nak buat preparation for PMR next year. kuikui Yah, yang penting homework siap. Macam tahun lepas, aku tak siap homework. Kelam kabut nak siapkan masa dah start sekolah. teruk en.


This time, I wanna share bout my trip to Johor Baru and Sinapore. Tujuan aku bukan nak show off, berlagak or nak menunjuk kat orang lain. Tapi, nak share happy moment kita and recommend tempat-tempat best kat sana. I think semua orang tau kot tempat2 best kat sana. And ramai jugak yang dah pergi. Sokay, this is my experience. kiki


19/12/12 - Semua yang pergi ada 13, but yang aku kenal 6 orang jer. Aku, family makyang, family achik and family belah cousin. So..... yang paling aku rapat dengan Najhan. She lives in Ipoh too. 11 malam tu, kami semua naik train ke JB. fulamak, takkan la duk atas seat je. Mau sakit tulangbelulang nanti. So, kitorang ambil train yang ada katil. Tapi... bukan boleh tidur sangat. Gegaran dia macam earthquake. Kalau nak naik roller coaster budak2 punya, naik je train pergi JB. Agak serupa rasa dia. Aku tidur pun dalam sejam lebih. Yang selebihnya, dengar lagu, berangan sensorang. Camtulah.. 


Memang lama gila ah perjalanan dia. Train tu stop kat each station tu punya lah lama. Tapi, kurang la sikit penyeksaan kitorang. huaa Finally, we arrived at JB sentral around 6am. After breakfast semua, kitorang pergi Legoland. ''fuyyo legoland, excited gila weh'' But, jangan terkejut dalamnya. Ride dia tak setimpal dengan harga yang korang bayar. sobs. 


First time in my life, kitorang naik 3 ride je. Tiga2 tu roller coaster. ;p Orang punya lah ramai, panas, penat semua ada lah. :/ 4 of us, me, najhan, kak piqah and abdul yang naik semua-semua lah. Yang parent tu, naik train keliling legoland tu. Duduk kejap. But yang penting, kedai DALAM Legoland tu punyalah mahal. Imagine the price of ONE keychain is RM 20 and above. Yang bawah drpd tu tak perasan lah pulak. Ya Allah, tak kempunan aku nak beli. Kitorang pun makan kat luar Legoland. Sebab terlalu mahal sangat makanan kat dalam. melamauooo. :O



Ececeh berbaju pink di itu ;P

Masa ni semangat lagi. Tak penat lagi. Tough gittewh.

Fuh time ni memang penat habis lah. Aku sorang je senyum, then pandang camera. photogenic ahaks. 

Yah, ni the whole tour group kikiki. 

Nasib menyebelahi kami, pukul 4 petang camtu, boleh balik hotel dah. memang penat ya amat. Then malam tu, makan kat tepi laut. think so. No photo aa. Ingat makan je. hihi Seafood was our main menu malam tu. wahwah semakin naik wo berat badan guwa. cis Alhamdulillah.

First day kami berakhir dengan makan seafood. Kay, esok pulak di lain entry.InsyaAllah akan diupdate secepat ungkin and before sekolah start. wah assalamualaikum!

Written by;
Puteri Sabrina 






Dec 15, 2012

Currently Addicted To Running Man

So, Assalamualaikum.. 
Now, dah 16 December.. and i still havent touch my superb duperb book. Come one! Manakah usaha dan azammu untuk berjaya? PMR is once in our life. Jangan lah sia-siakan wahai manusia. :O Noooo, sayalah batch terakhir yang menduduki PMR ni. So, confirm ah kementrian pelajaran bagi soalan baik punya! 


And i have some problems in some subjects. Terutamanya Science. walaaawai Kata nak jadi doktor bro, science form 1 and 2 tak lepas lagi ni der, macam mane? Sains lah subject yang paling aku fuhhh tak tau nak baca apa, tak tau nak faham apa. Seriously, aku lagi suka maths walaupun aku tak nak jadi accountant. 


But, cuti ni.. Takkan nak study 24/7. Mesti chilllloutt sikit. And Tengok tv is one of my wajib activities during this superb holidays. Cerita apa lah yang aku duk tengok selama ni/ Well, depends on pelakonnya jugak. Kalau sekali pandang dah cair memang akan kutonton sampai habis. But, not Nada Cinta. Memang hero dia handsome, but cuba tengok sikit the feelow of the story. ceh the flow of the story. Macam binging. 




Salah satu ceritanya ialah running man. Memang masa first time aku tengok cerita ni dekat laptop cousin. Dia download semua eps tu. Fuhh memang gelak guling2 lah sepanjang hari. wah Tapi, kali ni aku tengok kat tv jer. One hd. Apa yang aku geram gila, selalunya ada 4 eps running man setiap weekend. Tapi, minggu ni satu eps je. Nasib baik best. 


Masa first time tengok tu, memang tak faham apa. Dahlah korea, mane aku tau apa benda mission lah, character dia lah. Tapi kalau dah lama2 tengok, mesti terus addicted, ketagih. Sampaikan sanggup tidur pukul 4 pagi disebabkan cerita korea tu. Tau jelah kalau tengok cerita ni, gelak memang tak boleh kuat lagi la kan. And every time tengok cerita tu dengan siblings, mama marah sebab tengok cerita merepek. Ma, you have to sit infront of the tv and watch it! Baru tahu macam mane lawaknya gituwh. 


Kalau setakat dengar suara memang annoying lah, apa lagi suara Haroro aka Haha. Oh ya, running man yang paling aku adore lah kan, Jong Kok. Op course lah dia si berkuasa, harimau. Second, aku suka Kwang Soo. Dia memang si malang sebab selalu kalah awal-awal. But, dia lawak gila and suka nganga. See, dia buka mulut pun dah lawak. ;p


Thirdly, aku suka Ji Hyo. Even dia perempuan, fuhh pandai gila si ace ji hyo ni. lucky. Dia tak make up pun cantik! Then, si peaceful Gary iaitu si monday couple dengan Ji Hyo. Waaa cute gila diorang ni! Lepas tu, Haha. Dia... si pembelot, si pengkhianat. Semua yang berkaan dengan pembelot tu semualah watak dia. Jae Suk, biasa jer. Tapi lawak bukan main lagi lawak. Hihoo And lastly, Seuk Jin, si hidung besar or si tua. No comment lah bout him.


Okay, Running man ni tv show. Bukan berlakon macam Nada Cinta tu ye. Next, cerita wajib aku tengok - Cinta Bersemi Di Putih Abu-abu. Walaupun cerita indon, diorang berlakon not bad. Best. And hero dia, Alex perghghh hensem gituwwwh. But, aku lagi suka Billy aka Kevin Lukas. comels sih, tinggi, charm ewah. And gang si Alex ni nama dia R4. Tak perlu nak bajet F4 boys over flower sangatlah. :>


Yang lain tu, movie biasa. kat hbo, fox, layan je. Ahhh ; tonight ada cerita Abduction, taylor lautner you ollz. And this 29th, ada cerita Breaking Dawn Part 1 pulak. Shiss, wajib tengok lagi. Okeylah, off babeh. 

written by, Puteri Sabrina. 

Dec 14, 2012

Bola, Harimau, Pengadil?

Assalamualaikum and hello hello... 
So, heyyo. Tengah tunggu Maharajalawak Mega start ni. Sementara tu, baik hupdate ini belog. Musim bola lagi ke? Lepas Malaysia kalah? Deii, tak kisahlah siapa kalah, semangat sukan tu mesti ada! semangat lellsws. 


Memang agak frust lah semalam. Sedih pun ada. Hihiss Bukan main pun kan, saje je nak over feeling. The whole family ek tengok bola. Termasuk lah opah.. Kitorang memang semangat sikit tengok bola ke, cycling, badminton. Menjerit wut satu rumah. Jiran jiran maybe dengar jugak kot. 


Tu tak penting, yang penting ni masa footballer malaysia main. Diorang main okay. But, entah la something wrong. Maybe diorang cuai kot masa sepak bola tu. Entah ke mane past nya. Tu serious ni aku tabik sangat sangat kat keeper kita, Farizal Marlias. Triple wow lah aku bagi. Bagus and dia lah yang banyak tolong team malaysia. 


Apa yang kurang puas hati, pemain malaysia ni leka sikit. Sebab dalam minit ke 65 kot, keeper dah tolak bola and sorang pun tak cuba ambil bola. Tu yang rugi. But, semua dah jadi en. Btw, tahniah la Harimau Malaya sebab sampai ke separuh akhir. you guys did well! ;)


Ni part paling penting ni ! ahaks. Nampak ramai gila yang kutuk pengadil comel dari korea tu. Hahahaha memang gelak guling-guling la baca tweet bebudak twitter. Memang depan tv tu, aku menjerit gila ah kat reff tu. Yea, aku tau bukan dia dengar pun. But, at least dia sedar diri dia popular gila kat twitter dengan hasil kutukan, bukan pujian.


Suka hati dia je nak bagi kad merah. And sampai player tu menangis. Aku tak hafal sangat nama player malaysia, yang aku tau kfc, farizal, wan zack, safee and ada ler beberapa orang lain. Sedih la jugak. Dia tak cakap pun dengan reff tu sebok masuk campur hal orang. Er, aku pun tak tau dia cakap apa act. 


Tak tahan tu siap ada tweet peeps kat twitter ni cakap ada 3 haiwan kat padang. Harimau, Gajah, Khinzir. woah dahsyat nya ayat kauu. Tapi bagus jugak huahaha. Memang 'menci' ah reff koreo comel tu. haha comel kewwww.  :* Tak payah kot sebut nama dia. Semua orang tau. 


Ada orang cakap lagi , harap ada berita pasal reff tu mati kena bunuh bila keluar stadium. Tu lagi triple dahsyat. Berdosa wey harapkan orang mati. Kita ni semangat memang semangat habis lah. Tapi, mencarut tu satu kewajipan lah kan. Cuba berdoa sikit. 


Eh, btw im watching maharajalawak mega sekarang ni. And group shiro tengah kutuk thailand. Diorang cakap pasal padang sawah padi and reff korea tu. haha sempat lagi. Okay, okay. Nak stop dah la, nak tengok cerita ni. Conclusionnya, harapan menjadi layu lah  semalam. ;P


Harap-harap Singapore menang lawan thailand nanti. Siapalah kot sokong thailand. Orang Thailand je kot yang support diorang ngehehe. Hope tak kisahlah mane-mane game bola lepas ni Malaysia menang. :)


Nilah muaka-muka footbaler kiteeer. But, yang paling tabik dekat keeper la. And frust sikit wan zack tak masuk, sebab dia sakit en. Padehal, dia aktif gila kot. Kalau masuk, confirm menang ni ! Bagus dia main and im really sure ramai gila yang minat dia sebab handsome kan. haha  And safee sali masuk lambat. So, dah lambat la nak kejar thailand masa tu. :/


So, guys jangan tinggalkan semangat kesukanan kita, hihik
Written by, Puteri Sabrina.

Dec 11, 2012

Double Hello?

Assalamualaikum.. Dan selamat sejahtera...
HI! Saya kembali ber blogging. I really want to update my sweety blog because i'm so boring ! Tweeting, instagraming and what soo elseh? Im not busy because of study, books, novels. No! Because of this => u_u Facebook, twitter. Eh, im not keep updating status on facebook, i just scroll down and see whats going on on the earth? 


Triple OMG! I cant believe this! Next, im going to enter a horror room, with scary teachers, wearing school uniform, and keep writing! ohemgii, PMR man! But.. now im not going to post about exam, books, ahh so boring. I just wanna talk about my not-so-great holidays. But, bersyukur is a must!


12.12.12 im writing this post on 12th december 2012. What a wonderful number! yes, lets share our happiness on this beautiful date. no offence, spread love. Ada orang cakap on this date, diorang nak mintak couple, sebab tarikh cantik? Yes, ive read this thingy on facebook. But, ada orang cakap berdosa. Double what? 


Okay, but im not doing anything with this. I think today (12.12.12), im going to stay in the 'beautiful' house, sleeping, watching movies on tv, laptoping, cleaning, house working. okey.. seperti rutin biasa. But, come on! cuti panjang macam ni is once in a year okay. what about kita enjoyh sikit. sikit jer. Ops, bukannya enjoy sampai lupa diri. Just hang out, watching movies, eating,ice skating. bajet sunway pyramid dekat gila dengan rumah ceh. 


Kekurangan cuti tahun ni ialah; pergi holiday terlalu awal. Yknow what, saya pergi holiday bulan 11, on 17th november macam tu. Okey even 5 hari pun still awal. sobs. terlalu awal sih fenomena berlaku. Tempat bertuah yang dipilih ialah Melaka. Because on the first 2 days ada wedding ceremony cousin di Melaka. Alang-alang tu, pergi la bercuti terus. 


We went to Bandaraya Melaka yang terkenal dengan sejarahnya tersendiri and A famosa Resort yang terkenal dengan water world and cow boy town nya. Terbaik punya. Memang enjoy dekat sana. Tak boring pun. Best! :] Tapi time mandi kat water world tu, hujan petang tu. Last but not least, dapat mandi jugak kan. About a few hours. 

In Taming Sari Tower. 


D'Savoy Condo Hotel, A famosa Resort.

And this is my big family. Wedding ceremony di Golf Club, Ipoh. Hihi sya lah yang bagi goodies bag kat guest yuoll. 


Kalau kat bandar melaka, almost semua orang tau tempat yang popular. Macam menara taming sari,jonker walk, mahkota parade (perghh shopping) and river cruise. Kalau ada yang tertinggal tu entah la pulak. Sebab saya bukan orang melaka. :] And mama macam ada plan je nak pergi somewhere. Hope so! Because boring sangat duduk rumah melantak je k.. Ah tak kisah, yang penting moment dengan family tu yang paling penting. 


So, enjoy your life and spread love! 
Written by, Puteri Sabrina. :)

Jul 7, 2012

Assalamualaikum. :)

Assalamualaikum... 
Hi. Waaa rasa dah lama gila tak bukak blog ni. sedih wo. Jealous pun ada tengok ramai yang update blog. Saya bukannya tak sempat, cuma malas je. Culas. hehe So, tahun ni banyak gile event. Antaranya muzicalthon, sukan and macam2 ah. Tapi sorry. Twitter tetap aku bukak. ehek. 

So, InsyaAllah kalau ada benda yang penting lagi, akan saya update. ngeeheh. Pembukaan post ni, nak post gambar je. Gambar ni masa pergi vacation kat Kedah time cuti 2 minggu. And saya juga nak ucap terima kasih and million thanks kepada yang like my mom's picture. Thanks for the support. *ceh ayat macam retiss nak gi London je* To friends, strangers, thanks yea for the like. 

Terimalah gambar yang indah ini. wkwkwkwk


Bye, Assalamualaikum. Good night and sweet dream. :)

Apr 30, 2012

Membosankan.

Assalamualaikum...
Salam. ya ya, saya tahu dah bagi salam. 2 kali dah pun. Suka hatilah, ni blog saya. Apa orang lain kisah. Agak lama dah tak sentuh apa lagi me-log in blog ni. Tak berminat plus tak berniat. Rajin sikit sebab nak study punya pasal. Apa pun, tabik spring ahh follower maintain  je. Kisah apa orang nak baca ke tak, asal saya happy. 


Oh ya, saya pening plus pusing dengan keadaan yang membosankan. Betullah, harta benda tak semestinya membahagiakan seseorang itu. I have everything. Sorry, ayat tak boleh belah apetah lagi ayat yang lagi sakit hati. Sila muntah sekarang dan makan balik untuk memenuhkan ruang perut anda. 


Saya teramatlah boring masa cuti. Walhal, itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Bila fikir balik, memang nak sekolah sebab ada je kerja yang nak dibuat. Saya ada laptop, internet walaupun lembap macam siput terberak-berak , tv, astro. Tapi tu semua bila lama lama bosan jugak. 


Tak lupa jugak saya ada game PS2 (je). bersyukur... Tapi, tak meringankan beban boring saya pun. Hidup memang macam ni, bila semua benda dah buat, mulalah nak try something new right? Yes. Sata tengok tab twitter tu macam sunyi je. Orang yang tweet tu ada le 2-3 ekor. Tak sah kalau saya yang memenuhi ruang twitter tu. Ada je tweet bengong yang saya tweet.


Bercakap pasal twitter. Twitter tempat untuk menjerit, memuntah, memakan, dah me apa jelah. Nama pun twiterrrr (dengan gedik-godangnya) mestilah nampak sangat mulut saya ni bising. Macam macam nak ditweetnya. But, tak semestinya kat luar saya mcam tu. 


erkk saya kat sekolah tak bising mcam tu. Lainlah kat sekolah rendah dulu, saya memang teruk sikit sampai ponteng KOKO pergi makan kat kedai kek. Tapi, sekarang ni mesti berubah untuk memperbaiki akhlak. errr, pandai bercakap, nak buat mimpi jelah! 


Okay sampai sini jelah saya meluahkan perasaan. Harap ada benda yang boleh menghilangkan bosan. Iaitu........ drum roll! Homework. Sebenarnya ada, saje je nak tangguh-menangguh. Salam...


P/S: Tetiba menggunakan ayat 'saya' sila muntah sekali lagi. Kan saya cakap, saya nak memperbaiki akhlak. So, saya mintak diri. wassalam sekali lagi. 

Apr 11, 2012

Makan

ASSALAMUALAIKUM...

Salam sejahtera, selamat pagi, bonjour. Sempat lagi yee aku update entry baru. pheww~ entahlah. Rasa semangat pulak nak buat entry ni. Bukan apa, reality nya memang 'makan' ialah satu daripada hobi aku. 


Tapi, makan pun mestiler berpada-pada. Ni semua dilahapnya. And aku pon ada masalah makan yang pelik... tapi benar. ceh ayat tak boleh belah! Dulu-dulu masa tahun 6, memang aku kurang makan. Sebab tu kot faktornya aku kurus keding. Tapi bila dah start form 1, aku masuk asrama 6 bulan. memang aku banyak makan. 


Ofcourse, banyak makanan yang aku beli. Malangnya, ehh luckily, berat badan aku tak bertambah. Cuma pipi aku je kembung sikit. Macam ikan kembung. Tapi, seriously dari jauh memang aku tak nampak gemuk. Tapi dari segin makan, memang ketaralah perbezaannya aku banyak makan sekarang.


Sampai lah aku keluar asrama, aku makan banyak. Nak naik 1 kg pon berbulan-bulan. Bersyukur lah jugak.  Kalau ikutkan, belanja aku sehari RM3. Itupon kalau sekolah pagi. Kalau sekolah pagi sampai petang, RM5. Banyak kan kan. Kalau duit tu tak habis kat sekolah pon, aku makan jajan dalam bas. tau apa tu jajan?


Jajan tu macam snek, keropak, gula2, etc. Banyak ahh. hampir seringgit aku habiskan nak beli menatang tu dalam bas. Tapi, sekarang ni nak berubah cehhh. Semenjak dua hari ni, aku dah tak beli makanan dah dalam bas. Kecuali lah kalau lapar sangat. And aku nak cuba gunakan RM 2 je sehari. *winkwink* Bukan nak diet, taknak boros. 


Kekadang tu, aku tengok makanan sedap pon tak tahan. Biasalah ada 9 nafsu lee. But, ahh tak kisahlah. haha Ni antara favorite aku.


Burger. tinktink.


Keghopok ni aku selalu beli dalam bas. Tapi, sekarang tak dah. 

hoho Tujelah Kalau tengok makanan banyak2, nanti aku nak beli. :) Wassalam.

Apr 10, 2012

KARNIVAL SUKAN

Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia. heyyo. apa khabar rakyat malaysia semua? Sekarang ni muka aku tak stabil. Tengah berbelang. Kena sunburn kott. Ni sebab sukan lah ni. Tak kisah pon. Asalkan dapat kurus. cehh ayat tak boleh belah. Padahal, dah kurus dah siap tak normal lagi tu. huh?

Okaylah. Time waktu pj kat sekolah hari tu, kitorang sekelas buat SEGAK. Tau segak tu ape? SEGAK tu macam contohnya, naik turun bangku, tekan tubi and paling penting kena ambil berat & tinggi. And nak kena kira bmi. So, aku ni kiranya tak normal. Entahlah. Berat aku 47 kg. Tinggi pulak 165 cm. ceh bminya pulak, 17.2. Tu kira kurang normal. Yang normal punya 18-24. Lebih 24 tu kiranya obesiti lah. 

Okaylah the main storynye, bukan pasal benda bmi ni. Aku nak cerita pasal karnival sukan. Benda ni  selama 3 minggu. Dia lawan ikut rumah sukan masing2 lah. So, aku rumah biru iaitu SETIA. Rumah ni paling banyak menjuarai olahraga. cehh aku tak menyumbang apa ape pon. Rumah setia ni antara rumah yang orang geruni. #yeke? 

Banyak lah jugak pertandingan yang ada. Aku masuk bola baling. btw, adik aku yang form 1 pon rumah setia. Tapi dia masuk congkak je and kalah pada semifinal. sobs. Time semifinal tu, aku (rumah setia) menang lawak rumah bakti (coklat). cehh secara tidak langungnya (cehh), kitorang masuk final. 

So, pada hari yang berikutnya kitorang lawan rumah MURNI(hijau) sebab rumah YAKIN(merah) kalah dengan MURNI. So, memang agak kecut ahh lawan diorang. Badan tinggi plus besar, Bukan nak cakap besar gemuk tu. Besar yang tough tough tu. Dahlah main kasar. Terror ahh. Kitorang main dengan lembut.

hehe Muka aku je nampak cam garang. Tapi actually, aku takut jugak. Kot kot time main tu terjatuh ke apa ke, speck patah ke. ehh, memang jatuh pon. Jatuh biasa biasa je. Habis coklat stokin aku. Kasut hitam legam. p/s: Kitorang main pakai kasut sekolah je. Peraturan. :(

And the result was: Murni memang. cehhh Markahnya dirahsiakan atas kekalahan yang amat dahsyat haha. Tapi takpelah, dapat jugak naib johan. Okaylah tu. Kalah bermaruah. But dalam game tu, ada je yang tak puas hati and so on. Suka hatilah.

Nasib baiklah hari ni cuti. Sakit sendi tulang badan semuanya lah. Adik aku pulak sakit tangan. Haih main congkak pon sakit ke? lol hoho Terpaksalah aku basuh kasut sebab kehitaman yang melampau. okeylah. sampai sini je aku nak post. Sebab banyak kerja lagi nak buat. h/w tak sentuh apa lagi. Btw, next week exam, haraplah sangat dapat result yg baik cam USBF 1 dulu. hiho aku dapat 6A 2B. nombor 4 dlm kelas, no 8 luar kelas. So, buhbye. Wassalamualaikum! :D

Apr 4, 2012

SHOOOOH DOGIE !

Assalamualaikum ...

dan selamat pagi semua manusia. Setelah 6 hari tak beactive, aku kembali kuat! ceh macam nak berperang pulak kat The Hunger Games tu. Haa Bercakap pasal benda tu, aku baru je tengok movie tu 2 minggu lepas. memang best ahh tak bazir beli. Kalau faham je best. Kalau jenis orang blur tahap melampau memang blur lah korang time tengok cerita tu.

Bytheway, aku dah order dah novel The Hunger Games. Ada syarikat SCHOLASTIC datang sekolah. Ake belek-belek ah catalog dia. Sekali terjumpa novel THG. Harga dia semua murah2. Ada potongan harga yang membuatkan korang nak beli semua! Harganya.... RM18 daripada RM4+. Entah lah. Then, ada novel Mirror mirror. hehe macam Snow White tu. But, sabar ke kau nak tunggu 3 minggu. Yes. Buku tu akan sampai ke tangan aku lagi 3 minggu. Ramai kot nak beli. 

Secondly, aku nak cerita pasal dogie comel. Tahu apakah dogie? ANJING. sobs. trauma aku :( Bermulanya macam ini... aku pergi dan naik bas ke sekolah. So, pada petang tu, aku ngada ngada keluar kelas awal. motif, nak dapat tempat duduk yang strategik. So, aku lari cepat cepat kat tempat bas tu. Bas tu memang park kat depan rumah cina longlai tu. 

Aku memang dah rasa pelik gila dah first time, driver bas tu keluar and berdiri kat pintu tempat kitorang masuk. Apekehallder? -,- Tanpa bersegansilu, aku terus melangkag walau apa yang terjadi. Tetiba --, pakcik driver tu kata naik perlahan2. Terbeliak mata aku tengok ada dua ekor anjing besaq gedabaq tak sampai 1 meter dari bas tu. Patut ahh.

Apa lagi, dup dap dup dap. Gila, aku tak pernah kena kejar ngan anjing, apetah lagi kena woof! Baru sekaki melangkah tangga bas, anjing tu mengluarkan bunyi yang tak senonoh iaitu bunyi WoofWoof sebanyak 4 kali. Dan ia cuba mengejar aku. Mujur aku ni athlete sekolah dan berjaya melangkah dua lagi kaki ke dalam bas. Then, aku memang tak tengok dah rupa anjing yang huduh itu. grr

Trauma trauma. Menyesal tak tunggu orang lain nai bas sesama. Ni lah padahnya kalau tergesa-gesa nak naik bas. By the way, anjing tu ada 2 ekor. Yang seekor muka tak comel sikit tu kejar aku. Yang omey sikit tu duk diam. good dogie! hikhik Sampai sinilah yang mampu aku type. Assalamualaikum. 

Mar 29, 2012

BERTUKAR HIYYAH

Assalamualaikum... Aku dpat update ni pon sebab tak sekolah atas alasan yang memberangsangkan. So, dapeklah eden tulis dengan senang hatinya. Kali ni aku nak buat post yang ringkas dan biasa saje... hew hew~ Tujuannya untuk bagitau semua khalayak manusia bahawa blog aku dah bertukar URL. Kang ada pulak yang tak tahu mane aku pergi. Matikah?


So, URL belog aku skrg ni ialah http://putewisabwina.blogspot.com
Sebab aku tukar url before ni panjang sangat. Aku pon serious mlas nak typenya. hikhok. Itujelah post ringkas yang aku cakap tu. bye Wassalam. 

BOUT EXAM

Hellow. Assalamualaikum. Sumpah gila lama tak buat post baru. Pemalas ya amat! Aku pon tak taulah apa yang dah buat aku jadi malas. Post ni objektif dia nak share about my exam. Tak ler se-bagus mane. Tak ler se-teruk mane. cukup cukup mane and happy!

Crazy jap. Exam kali ni memang aku belajar tahap gaban ah. Aku pon tak tahu macam mane aku boleh hafal semua benda alah tu. Tak yakin dan buat apa yang tahu. Tau tak, time nak ulangkaji KH, aku menangis sambil jerit jeghit sebab stress sangat sampai tak sempat nk study. 

Pening keLAPA dibuatnya. Kat sekolah aku, bukan keluar bab bab form 2 je. Kalau camtu, 90% keatas lah jawabnya aku dapat. ?(MashaAllah! riak dan berlagaknya aku) Keluar semua bab form 1. Tak semena-menanya aku kena study balik. Penat tu memang lah penat cuma result tak setanding dengan kepenatan aku. tsk. 


SYSTEM PANDAI GILER.

cewohh. kita tipu je system pandei tu. muahaha. ingat! itu cume perlian. Sistem markah kt sekolah aku ni sungguh ler lain. Dia ikut style university. Contohnya, pra usbf, dpt 100%. usbf 1 dpat 90%. So, 40% dia ambil from markah pra usbf. 60% lagi dia ambik kt exam yang seterusnya. camtu ah. Kalau tak paham, buat buat paham. :) 

So, iniler result sebelum dah selepas system PANDAI ni muncul. ngeeeee ~

Before:-

8A *woooo. bangga perst time straight A's!

After:-

6A 2B. *woooooo pulangkan balik marakah aku! hew hew T.T

Conclusionnya, B nya Science and Geografi. Sorry der. Aku memang fail geografi. memang tak pandai nk baca peta. so, itujelah yang aku nak share. sawadikap, koqkunkap! 


Mar 15, 2012

Hold the cheese or extra cheese?

extra cheese I guess.

Ask me anything. But mind ur manners. ♥

SATISFIED .

Assalamualaikum all of you. Today is Friday. Hampir seminggu dah kita bercuti. Tapi, cuti kali ni aku tak puas. erkk -,- abaikan title kat atas tu. satisfied tu menatang lain. Tau tak sebab apa tak puas? Sebab tersangat lah boring. takpe takpe, tu kita cite lain kali. 


Now, I wanna talk about my new blog. erkk tak delah new sangat. Just renovate je :P Cuma nak terangkan secara terperinci belog rojak ini. hehe First, the theme is black and pink. So, tengok tengok ahhh persekitaran blog aku ni. muahaha pink balik. Tapi rock sikit lah sebab warna hitam tu dijadikan background post wa. 


Tulisan pulak warna putih so that macam shiny sikit eh yeke? Next, tab menu aku. Besar gedabak kan? Biarlee, lain drpd lain. UNIQUE Karang orang nak tekan apa pon tak tau. Lebih baik besaq drpd keciq! Thirdly, favicon aku. mwehehe strawberry. Aku dah cari dah strawberry yang omey omey ♥ tapi takku jumpa. Ada owner blog tu dah tutup blog. kwanghajaq tak? menyesal aku tak copy semua artwork dia. Bukan curi, dia bagi freebies. Lawoo pulakk tu♥ Jadilee strawberry kecik molek tu.


Lagi-lagi, kau tengok ahh sendiri. Malas nak beri penerangan. Sesape yang nak tanya questions or anything, tanya kat email or formspring. Kot kot, ada orang nak tanya pasal blog cantik sangat ni (perasan+annoying) silalah tanya ! goodbyeee. :)



Mar 14, 2012

HI EVERYBODEH

Hello Fellas! Good evening! Long time no see haa. Sebok sangat tahun ni. Takde masa nak update. Padahal baru form 2. Sebok macam tahap gaban. Nak buat new post pun, tak tau nak post benda ape. Tapi one thing aku nak semua orang tau, yanggggg AGHHHH BANYAK GILEE HOMEWORK. Nasib nasib. Homework ada je dalam apa apa subject pon. Even PJK pon ada nota. Rajin tak rajin, wajib buat !


Cuti oh cuti. 
 Pehall kaww? Seronok sangat ke cuti? Bagi aku sungguh MEMENATKAN. Kalau time sekolah, besttt sebab kerja guwa belajar je, takde kena buat kerja rumah. #errcamtupulak? Haa Sini, sini aku terangkan. Kalau time sekolah, kerja kita tu belajar. Pagi pergi KOKO. Then stayback sampai pukul 12.30. Sekolah. (Aku sekolah sesi petang) Malam tu, buat homework. Sorry der aku KOKO 3 kali seminggu. But bila tiba je masa cuti, mulalah sakit pinggang sebab buat kerja rumah.


Astagfirullahhalazim. Fineeee aku annoying kan -,-'' Tak tawlah pulak pemikirang korang camane. hehe so sorrrryyyy. sebab ini je mampu dan sempat aku type. Insyaallah aku akan merajinkan jari jemari aku untuk type pepanjang lagi yep. hehe Terimalah 1 gambar yang menandakan rasa sayang aku kat blog ni ! Wassalam. :D


Cewah. Ni homework aku. Baru sikit. Kau tak tengok lagi 3/4. Ni barun 1/4. ekeke~ So, buhbyee. :)

Feb 19, 2012

Pekse Datang Sudah XD

Hai. Assalamualaikum. tett tett dah bulan 2. cepat je masa berjalan. Aku pon tak sempat nak online. Sekrang ni jam pukul 7:46 pagi. cool kan aku update pepagi buta ni. *takdelah buta sangat* Sekarang ni aku tengah geram psal exam. *sigh Bukan apa, almaklumlah aku dah form 2, so exam masuk bab bab form 1 sekali. ponat nak mengahafenyo. 

Exam yang pertama ni Pra USBF. Gedik nak ada pra pra segala. Yang exam Pra ni cuma ada subject teras je. Kalau ada yang subject tak teras, aku bukan baca pon. (Y) Dalam semua subject, subect Geo, Sej and KH paling aku lemah. Tapi dalam result, huh lain jadinya. So, inilah result aku pada exam kali ni. 

  • BM- 88
  • BI- 83
  • MM- 90
  • SN- ^% (guna code ponbolleh)
  • Ag- 96
  • Geo- 73
  • Sej- 80
  • KH- 8+++

So, keseluruhannya 6 A 2 B. Aku sangat bangga sebab maintain je. Bukan nak naik pon. Yang aku buat code code tu saje nak menutup malu aku. Aku pon pelik, aku suka sains, tapi result B. tsk tsk. So, kali ni ini jeh aku nak post. Sebab kalau post panjang berjela, boleh hancus keyboard ni aku tekan. *mendalami perasaan dan jiwa sangat. bye peeps assalamualaikum :)

Feb 4, 2012

HAI SORRY FOR...

WITTWITT Hehe Assalamualaikum and salam 1 dunia! Sorry kayh lama tak update. *kepada yang pembaca setia belog saya lah. Bukan apa. Awal tahun sebok nak urus kan itu ini, macam macam ah! Btw, sekolah saya dah start aktiviti kokurikulum. hehe Rajin tak rajin saya ni datang. Ingat lagi time sekolah-sekolah rendah, pernah ponteng kot. Makan makan kat kedai kek berdekatan. SO SO JAHAT. 

Alhamdulillah. Setakat ni, sekolah berjalan dengan lancar. Tau tak? Susah sikit Sejarah. Nak hafal macam macam. Apa benda entah Francis Light Francis Light tu. Mula-mula eksaited gila nak belajar. Mula je bab Melaka segala tu, hampesss. Yes. Sekarang saya dah form 2. Dah birthday dah pon. Tahun depan nak PMR. Bagus sangatlah tu  batch saya last batch yang ambil PMR. TARGET? Entahlah, tak pernah fikir apa apa dulu. Ingat nak belajar form 2 je. Padahal, tahun DEPAN WEH. *Caps Lock terus. 


hmm Nak cerita pulak lah tentang KOKO kat sekolah saya. Kalau persatuan, saya Persatuan Sains and Maths. hoho Janganlah kata skema pulak kalau saya mabil bahasa bahasa ni. Malu tewww. Bagus apa menambahkan pengalaman dan pengetahuan about sains and maths. Almaklumlah saya ni nak jadi doktor gigi. Unit Uniform pulak saya masuk Puteri Islam. yeahh. GUE BANGGE. Sebab masa sekolah rendah saya dah ada lencana puteri bongsu. tau takss, saya jadi Pengerusi hehe Terima ksih kepada yang menyokong. saya terharu.

Permainan? duhh Saya actually nak masuk bola baling. tapi, disebabkan demam time hari pendaftaran, tak datang langsung. Cuba bayangkan cikgu lontarkan saya kat nee? OLAHRAGA weee. Tak suke tak suka. Saya bukan lah terror sangat lari. Lompat tinggi jauh sekali di bidang akuuuu. tsk tsk. Nak tukar? Tunggu tahun depan lah alamatnya. Mane boleh tukar. Redha jelah. Olahraga jadi le jugak. 

So, kesimpulannya, tahun ni dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Nak pergi tusyen, tahun depan lah kot. Mane taknyee, semiggu 3 kali KOKO. Isnin, Selasa, Rabu. Terima kasihhhhhh. So, hehe thats all for today. Bye Assalamualaikum.

PESANAN: DOAKAN SAYA DAPAT 8 A TAW PRA USBF 1 NI. :)

Jan 28, 2012

Hangout with Beloved Cousins

Hai and Assalamualakum! 


Apa khabar umat manusia sekalian? Anda sihat? hehe Rindu yee kat saya sebab dah lama tak muncul muncul. Ala kita kan budak sebok. *bak kata orang tu. ishh Mane ada sebok. Cuma beberapa hari ni ada sanak saudara yang datang melwat orang sini. Then, homework bukan main banyak lagi. Nasib baik lah aku dapat bersabar. hohoho


So, hari Selasa, 24/1/2012 kitorang pergi Jusco untuk release tension. Rakyat jelata yang pergi -- Aku, My sis, Hanis and Sarah, and my cousins Kak Piqah and Kak Fathin.. And thank you Kak Fathin sebab jadi driver kitorang ngehehe. So, nak tau tak apa yang kitorang buat, apa yang kitorang makan, and apa yang kitorang dok usha usha? sini, jangan tinggalkan entry ini dulu yepp.


So, mula mula tu kitorang cari kasut kak piqah. Dah 10 kedai cari masih tak jumpa hoho. And akhirnya kasut bewarna biru  gelap menjadi pilihan hati. Comel bangett. Jealous pon hado. Then then tau tak kitorang makan kat foodcourt. Makanan nya sangatlah sedap. Cuba teka apa makanan yang aku makan? hew hew. Kueytiow goreng! Favourite uhh. Sedap gilaaaa. Nak lagiii. Ops lupa pulak, before tu kitorang makan kat baskin robin. Ice cream dia sangat lah babylicious. Tapi harga pon megalicious lah kan, takkan lah minilicious pulak. 


After that, kitorang nak pergi karaoke. But....... Bila kitorang masuk ke counter dia, tetiba lelaki yang jaga kat counter tu pusingkan board and tertulis : SORRY. FULL. FIRST COME FIRST SERVE. WOIII Kau takde mulut ke nak cakap. Saje je nak malukan aku. ieshh Aku tak malu. Yang malu tu engkau yeeee. Takde mulut bisu (bak kata jabegoh)


So, what to do kan. Kitorang pon mainlah bowling. Yang dahsyatnya, kitorang tak bawak stoking. memang budusss lah! Kasut bowling tu sangatlah semerbak baunya. Nak beli, membazir pulak, so, we decided nak pakai jelah. HAVE FUN YAW! Tau tak sapee yang menang? Of course lah KAK FATHIN WOHOO. Second, hihihi it was ME! And third, my sis, Hanis and last sekali Kak Piqah. Alhh chill cuiii erkk. Beza markah tak banyak mane pon. :S


Jom usha usha gambar yang kitorang ada! :)




hehe Ni depan bowling lane tu. ;P


Dalam kereta weee


Pssst ♥ dalam rumah ku. hikhuk


Ni lah ais krim nya. sedap enggakkk. :)









Ini saya. Yang kanan tu Kak Fathin. pheewwwitttt. ;D


Tsskk. Comel ohh yang tengah tu (Kak Piqah)


Suka gambar ni. Nampak cam cool je. :P


Cewahhh bajet orang besar kononnyaaaaaaaaa. 


Cehhh main bowlinggg. hehe terrors taks sayas? sesesssss :>

Kdahlahh. terlalu banyak gambar tak elok jugak dipandang ken? hoho So, berhenti di sini, assalamualaikum! :D

Jan 20, 2012

SCHOOL MOOO


HI guys! Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. ^^ Dah lama tak berupdate kan? So, thats me. Tengok lah blog I skrg dah di-renovate baru oleh yang di-pertuan comel nurul hanis, my sistah! hehehe header tu amacam? lawoo enggak? muehehe. Terimas, trimas. *tanpa dipuji


So, korang korang ni happy enggak di sekolah? Yang form 1 tahun 2012 ni, mesti best kan dapat kawan baru ngehehe. Tak best lah kalau kawan from sekolah rendah ken? Kawan ramai baru siok. *syok. Entahlah. Aku takde nak cakap apa sangat tak taulah. Yang sekarang ni aku nak siapkan homework. Then, study untuk pra-usbf. 8 haribulan 2 taw. kau hado? Tak taulah kotkot sekolah korang pon sama. 


Sekolah aku ni cikgu katalah nak lebih standard from budak budak sekolah lain. cluster ler katakan. mwehehe. Tau tak, KOKO hari selasa, rabu, khamis setiap minggu. kau bayangkan?!! setiap minggu, ada 2 essay bagi setiap subject. About apa yang kita belajar. seyhh Kalau 2 darab 8: 16 essay seminggu/ MATIGUA. erkk gua yang mati. bukan aku. pfft LOL


Kayylah yang pasti sekolah kali ni, aku tak nk dah pemalas macam dulu, aku sangat malas dulu-dulu. suka tangguh kerja. Sekarang ni nak beljar PMR 8A. blinnk blink* ngeee bye bye Assalamualaikum. :)

Jan 3, 2012

2012 ;D


HAI korang! Assalamualaikum! hehe first entry nih dlm 2012. Lol. So, aku buat entry ni sebelum pergi ke sekolah pada hari pertama. tskk tskk. Aku kan sekolah petang. So, mungkin lah ada sedikit masa untuk aku tidur sekejap after solat subuh tu. HAHH. Btw, korang dah bersedia ke nak sekolah? Aku baru pagi ni letak buku dalam bag. Tengok-tengok benda tu aku buat kurang dari seminit. hohoho


So, happy new year! Orang cakap tak elok cakap lah. apa lah. But for me, bergantung pada niat kita. Niat aku: Saje je berikutan dengan sempena tahun baru, 2012 aku nak ucap lah happy new year. selamat menyambut tahun baru. Bior bersemangat sikit tahun ni. Takde lah malas malas je macam aku tahun lepas. Sumpah malas. Sangat malas. Suka tangguh kerja. 


ISHH Dosa pulak aku ni mengaibkan diri sendiri. kayfoineee. Today, semua adik aku termasuk aku-aku sekali sekolah. Kalian happy happy ya! Tahun baru, so semuanya baru. hehe So, amacam blog rupa baruu ni? Entahlah bagi aku, blog aku sekarang ni happy gila. Macam wahh excited gila nak update entry bawu. #troll face


Ehh sambung tadi. Adik aku  yang form 1 tu sekolah menengah ampang, but dalam proses untuk tukar ke sekolah aku iaitu Royal Princess School. Sekolah Raja Perempuan. Beshh semuanya perempuan takde lah menggatal sangat dengan laki. And menggatal dengan kaum sejenis jauh sekali dari cara aku. :D


Adik aku yang year 4 pon still sekolah sama. Ni yang seronok sangat ni adik aku bongsu tu masuk tahun 1!! hehe comel kemain dia. Semua baru, beg, botol air, pencil case. SEMUALAH! Berbanding aku ni: sobs sobs Beg lama, tapi still nampak baru sebab lawa sangat. cehh nk bangga beg lama balik kampung lah weh!



Cuba teka cuba teka. Mane satu Arif?  hehe yang pandang sini tuler.


Ini gambar after balik from sekolah. Dia ada orientasi! Comel je budak tahun satu ada orientasi. Tak macam form, kisahku, hanya Tuhan saje yg tau. asdfghj

So, guys. wish you all the best! Happy happy di sekolah yang baru mahupun yang lam! Yang penting pelajaran diutamakan! Couple diketepikan dulu. Eh, cakap pasal belajar belajar ni, terdengar pulak berita from twitter yang Amalina tu dah berubah. Betul ke? Aku taknak lah main serkap jarang je. Cuma aku adalah tengok gambar dia and ramai dah org ckp. Yang penting, aku tak ambik kisah sangat lah. Pi lah hang main jauh jauh. *loghat kedah jap. :P trololo byebye Nak siap pergi sekolah dah lerrr.  Assalamualaikum. :)