Sep 11, 2011

I Miss Her So Much :')

Hai korang! Sedih lah raya tahun ni. Masa berjalan dengan cepat je. Alahhh. Cuti dua hari, bagaikan cuti setengah hari. Tak sempat nak berehat sebelum sekolah and study kuat kuat. Sekarang ni, adik aku, Hanis tengah berdebar-debar menanti UPSR Selasa ni. Good luck yah korang korang (candidates UPSR). Tapi, setelah habis saje ujian UPSR yang terakhir pada hari Khamis ni, merdekalah adik aku tu. 


Aku dengan adik aku sorang lagi tu, Sarah jadi tunggul menunggu saat cuti cuti yang indah dan tak perlu bertungkus-lumus untuk study for periksa. However, Hanis mesti sedia untuk tahun depan. Muahahaha! Lagi susah matapelajaran dia. Mentang mentang lah Sarah ada cuti 3 hari iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat ini, sebab ada UPSR. So, happy nya dia. Takpe, Jumaat ni aku merdeka pulak Hari Malaysia wohh. Dahlahh. Itu je perkembangan terkini.


Yang sekarang ni, aku nak cerita kisah suka duka aku dengan my lovelsuperduperawesome cousin, Kak Fathin Nadhirah binti Zulkifli. Kak Fathin, good luck yeh and semoga berjaya di UIA Gombak, tak silap kita. hehe Iaitu main campus Kak Fathin sekarang. Rindu Kak Tennn! Baru seminggu pergi, terasa kehilangan ewahh. Dulu, dia lah yang selalu ambil aku sekolah hantar adik aku sekolah. Beli makanan untuk opah and atuk. Cucu mithali. 


But, now I'm waiting for you to come back dan cakap ''Yayy. Kak Ten akan cuti 5 tahun!'' Tak ke aku melompat keriangan. hehe. Masa dulu dulu, memang kitorang memang rapat macam kepala dengan rambut. She's 20 okeh. Tapi nampak macam kecik molek je. kan. Dulu, masa aku umur 7 tahun, aku selalu tinggal rumah Kak Fathin. Dan seperti biasa, aku akan balik sekolah ke rumah Kak Fathin dengan membonceng basikal Irfan or Ilman. Tak pun, aku mama aku ambil aku.


Bila balik sekolah, aku WAJIB merakam cerita Catalina Y Sebastian. Sebab Kak Fathin tak sempat tengok sebab belum balik sekolah lagi. Itulah rutin harian aku setiap hari. hehe Satu petang ni, aku dengan Kak Fathin je tinggal rumah dia. Yang lain semua keluar pergi mane ntah. Kak Fathin tengah study dalam bilik dia, aku kat dalam bilik dia jugak tengok tv. Tetiba, kilat berdentum dan hujan mula turun. Takut gila woh. Then, Kak Fathin dengan kejamnya suruh aku keluar dan tak kasi masuk. Aku nangis lah kan. Itulah gerangan budak kecik. 


Aku telefon opah yang jauh di Kuala Kangsar. Dan bagitau Kak Fathin halau aku. haha. Opah kata Kak Fathin just main main je dengan nada ketawa. Aku pun menjerit lah mintak masuk. Baru lee dia kasi. hehe Satu lagi, masa balik sekolah time 7, 8 tahun, aku selalu main make-up make-up dengan Kak Fathin. One day tu, dia kata nak make-up aku lawa lawa. Dia pon make up lah kan aku. Bila siap aku tengok lah cermin. Hitam legam hidung aku dia letak eye shadow. haha She likes to make joke. Itu yang best bila bercousin ni. 


Walaupun dia dah 7 tahun tua dari aku, aku anggap dia macam kawan sendiri. Dia sporting habis lah. hihi Rindu Kak Ten. Cuti baliklah HOYEAH. Bila nak tengok wayang je, mesti dengan dia. Hari tu kan ada Hari Koko kat sekolah aku, RPS. Anyah, ibu Kak Fathin pergi lah sebab dia PK Koko. Walaupon dah bersara, tapi, still nak meraikan tak. Kak Fathin pon ikur termasuklah aku dengan mak aku. Lepas habis majlis, kitorang pergi gerai gerai yang ada. Tapi, mak aku dah balik tinggalkan aku. You know, aku tak pergi pon dengan kengkawan aku, but aku pergi dengan Kak Fathin.


Rapat tak rapat kan kita?. Tapi, ada je mulut yang mengata aku ni macam fake lah. Berlagak mature lah. Tak nak lah pulak nak mengaibkan orang. Walau sape pon orang tu, kalau jealous cakap je lah jealous aku rapat dengan cousin yang dah besar. But yang paling aku rapat ialah Kak Fathin dan Kak Mira. Terbaik lah diorang! Tolong lee jangan salah anggap aku dengan orang yang dah besar. Maybe dah ketentuan aku rapat dengan diorang. :))


Kaylah. I think dahh lahh nak buat Kak Fathin terharu tengok entry ni. EHEH Lovey you Kak Ten. Muahhh xoxo



From blog Kak Fathin yang kiut miut nih. CLICK HERE!

Bye guys. Hope you can comment my blog. InsyaAllah I will visit you blog. hee Assalamualaikum. :D 

No comments:

Post a Comment

thanks for reading this post ♥